Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

TEORI PEMBELAJARAN TINGKAH LAKU


            Teori Pembelajaran adalah merupakan tingkah laku yang boleh dipelajari dan perkembangan manusia disebabkan oleh adaptasi terhadap persekitaran.  Konsep-konsep asas teori adalah memahami tingkah laku terbentuk serta mencadangkan strategi untuk membangunkan sahsiah murid yang baik melalui pendekatan pembelajaran.
 Pada abad ke-20 pendekatan pembelajaran telah berkembang seiring dengan gelombang Pendekatan Psikodinamik yang pada ketika itu sangat mempengaruhi dunia psikologi (Corner & Gould, 2011).  Pendekatan pembelajaran memberi perhatian terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dikaji secara sainstifik manakala Pendekatan Psikodinamik hanya memfokus kepada minda sedar dan separa sedar.  Teori Behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku.  Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku.  Oleh itu tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.      
            Salah seorang tokoh yang berjasa dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran ialah Albert Bandura yang dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah bandar kecil Mundare di utara Alberta, Kanada.  Beliau telah mula belajar di sebuah sekolah rendah yang kecil dan bersekolah di sebuah sekolah menengah yang mempunyai kemudahan serta sumber-sumber pelajaran yang amat minimum.  Namun kejayaan yang diperolehi amat memberangsangkan.
  Selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah, beliau telah bekerja mengambus lubang di Lebuhraya Alaska, Yokun pada musim sejuk.  Beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di Univercity of British Colombia pada tahun 1949.  Beliau kemudian mendapat phD di Univercity of Iowa pada tahun 1952.  Sewaktu berada di sana beliau dipengaruhi oleh Teori Behaviorsme dan Teori Pembelajaran.
 Ketika berada di Iowa belaiau telah bertemu jodoh dengan Virginia Varns seorang jururawat dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.  Setelah menamatkan pengajian beliau telah berhijrah ke Wichita, Kansas.  Pada tahun 1953 beliau telah mula mengajar di Univercity of Stanford.  Semasa di sana beliau telah bekerjasama dengan pelajar ijazah pertama Richard Walters untuk menghasilkan buku pertama meraka yang bertajuk Pencerobohan Remaja pada tahun 1959.  Pada tahun 1973 Albert Bandura telah menjadi presiden APA dan menerima Anugerah APA untuk Sumbangan Cemerlang Sains pada tahun 1980 dan beliau bekerja di sana hingga ke hari ini.       
            Tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam penghasilan teori-teori pembelajaran dan banyak menyumbangkan jasa dalam aliran ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), Edward Thorndike (1874-1949), John Watson (1878-1958), B.F. Skinner (1904-1990) dan Albert Bandura (1925-    ). 
            Ivan Pavlov (1849 hingga 1936) membuat kajian terhadap sistem pencernaan anjing yang telah memberikan satu penemuan dan impak yang besar kepada teori pembelajaran iaitu Konsep Pelaziman di mana konsep pelaziman ini juga dikenali sebagai Pelaziman Klasik yang mencadangkan bahawa tingkah laku adalah dihasilkan daripada gerak balas terhadap rangsangan yang diterima.  Konsep yang diperkenalkan ialah konsep generalisasi, dikriminasi, penghapusan dan pembelajaran semula.  Teori Pelaziman Klasik Pavlov juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas atau responden atau Teori R-G.
 Gerak balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.  Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.  Contoh sebelum pelaziman apabila loceng rehat dibunyikan (rangsangan terlazim) dan tiada gerak balas berlaku.  Makanan (rangsangan tidak terlazim) dan air liur (gerak balas tidak terlazim).  Semasa pelaziman bunyi loceng rehat (rangsang terlazim) dan air liur (gerak balas tidak terlazim).  Selepas berlaku pelaziman bunyi loceng rehat (rangsangan terlazim) dan air liur (gerak balas terlazim).
 Penggunaan teori Pavlov di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan kerana rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dengan pengukuhan membuat latihan (lembaran kerja).  Motivasi juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran.  Proses pembelajaran boleh berlaku dengan membuat latihan, pembiasaan atau pengalaman. Begitu juga generalisasi juga berlaku dalam proses pembelajaran.  Tingkah laku akan terhapus sekiranya tidak ada peneguhan dalam bentuk ganjaran.  Pembelajaran lebih berkesan jika guru dapat membantu murid-murid mendiskirminasikan jenis rangsangan yang perlu diberi tumpuan.  Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.       
            Edward Thorndike (1874 hingga 1949) telah mengembangkan Teori Pembelajaran Klasik Pavlov menurut pandangannya tentang pembelajaran instrumental.  Kajian beliau terhadap kucing lapar dengan menggunakan puzzle box berjaya dikemukakan Hukum Kesan atau akibat dan Kaedah Cuba Jaya.
 Edward Thorndike berpendapat sesuatu tingkah laku ditunjukkan atau tidak bergantung kepada kesan daripada perbuatan yang dilakukan iaitu sama ada menerima kesan positif atau sebaliknya.  Rangsangan akan diberi setelah tindak balas yang dikehendaki berlaku.  Beliau telah membuat eksperimen melatih anjing berdiri.
  Pembelajaran Pelaziman Operan merujuk kepada bentuk pembelajaran bagi seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas kukuh dan tetap serta dipilih daripada beberapa gerak balasnya.  Konsep model Pembelajaran Operan adalah gerak balas berlaku secara sendiri.  Jika hasil pembelajaran berkesan dan positif maka pembelajaran akan dikukuhkan serta dikekalkan.
 Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu tersebut akan diberi peneguhan.  Peneguhan pula sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif.  Peneguhan positif (ganjaran) merupakan fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan sesuatu peneguh berkenaan.
 Manakala peneguhan negatif (dendaan) merupakan fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kehilangan peneguh berkenaan.  Pembelajaran Cuba Jaya merupakan proses cuba-ralat atau memilih dan berhubungkait.  Di dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang walaupun gerak balas yang salah dihasilkan di peringkat permulaan akan semakin berkurangan.  Oleh itu perhubungan di antara rangsangan dan gerak balas semakin bertambah kukuh.  Maka perhubungan di antara rangsangan dan gerak balas mewakili konsep pembelajaran. 
Tiga hukun pembelajarn Thorndike adalah hukum kesediaan, hukum latihan (bilangan latihan) dan hukum kesan ( keberkesanan latihan).  Hukum kesediaan bagi murid yang bersedia untuk belajar rangsangan motivasinya akan menghasikan pembelajaran yang berkesan dan memuaskan.  Manakala bagi murid yang belum bersedia untuk belajar atau pun dipaksa belajar (tanpa rangsangan ) akan terhasil pembelajaran tidak berkesan.
 Hukum latihan adalah pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan dan aplikasi serta aktiviti  pengukuhan diberikan.  Hukum kesan adalah merupakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat mengesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.  Jika kesan pengalaman itu menyakitkan gerak balas tersebut akan semakin lenyap.       
            John Watson (1878 hingga 1958) telah meneruskan usaha Pavlov dan Thorndike serta dianggap Bapa aliran Behaviorisme kerana kajian beliau terhadap bayi iaitu menurut Albert menunjukkan bahawa emosi seperti takut juga boleh dilazimkan.  Setiap tingkah laku dipelajari melalui hasil daripada gerak balas terhadap rangsangan.  Beliau berpendapat bahawa kita tidak perlu mengkaji apa yang berlaku dalam minda kerana ia tidak boleh dilihat. 
Seorang Amerika Psychologist yang mencipta istilah Behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia.  Kajiannya banyak dipangaruhi oleh teori Pelaziman Pavlov tetapi menumpukan perhatian terhadap kajian mengenai emosi kanak-kanak.
 Implikasi daripada teori Watson adalah semua tingkah laku boleh dipelajari melalui   
proses pelaziman.  Tingkah laku positif boleh diajar dengan rangsangan yang sesuai.  Latih tubi juga perlu untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid.  Semasa mengajar guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid-murid supaya berminat untuk belajar dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif.  Bagi menguasai kemahiran menyelesaikan masalah murid-murid hendaklah belajar tentang perhubungan gerak balas-gerak balas secara sistematik.   
            B. F. Skinner (1904 hingga 1990) mengembangkan Pelaziman Instrumental yang dikemukakan oleh Thorndike kepada Pelaziaman Operan.  B. F. Skinner (1977) menghabiskan kariernya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement dan memfokuskan penelitian tentang perilaku.
 B.F.Skinner mencadangkan empat kesan yang akan diterima apabila sesuatu tingkah laku ditunjukkan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, hukuman positif dan hukuman negatif.  Beliau juga dianggap Bapa Modifikasi Tingkah Laku kerana mencadangkan bahawa tingkah laku perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum dibuat pengubahsuaian menggunakan prinsip-prinsip asas tingkah laku. 
Tingkah laku manusia bolah dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan.  Skinner telah membuat kajian ke atas tikus, burung merpati dan manusia. 
Pembelajaran berlaku melalui Pelaziman Operan kepada diri sendiri.  Dalam Teori Pelaziman Operan peneguhan positif atau peneguhan negatif dilaksanakan untuk mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan.  Peneguhan positif ialah rangsangan penting yang dilaksanakan untuk menambah kebarangkalian gerak balas murid. 
Peneguhan negatif juga dilaksanakan untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.  Penghapusan sesuatu tingkah laku yang dihasilkan akan berlaku jika peneguhan tidak dilakukan.  Organisma boleh menguasai konsep diskriminasi melalui proses Pelaziman Operan.  Dalam proses pembelajaran konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.        
            Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.              Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku.  Albert Bandura (1925 hingga sekarang) dianggap sebagai salah seorang new-behaviorist (neo-behaviorist) kerana berpendapat tingkah laku bukan disebabkan pelaziman semata-mata tetapi juga melibatkan proses mental.  Albert Bandura (1977) menyatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. 
Justeru itu di dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura beliau telah membuat analisis yang menyatakan bahawa manusia belajar melalui pemerhatian.  Pembelajaran melalui peniruan, mengajuk dan memadan.  Biasanya setiap individu terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan sesuatu perkara yang pernah dilihat oleh mereka di persekitaran.  Albert Bandura berpendapat tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan terhadap model-model, iaitu individu-individu yang berada di persekitaran (pembelajaran pemerhatian) maka teori ini dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial. 
Menurut Albert Bandura emosi manusia terdiri daripada tiga jenis iaitu takut, marah dan kasih sayang.  Beliau telah membuat eksperimen dengan kanak berusia 9 tahun, Albert dan tikus putih.  Setiap kali tikus putih ditunjukkan kepada Albert dentuman yang kuat dibunyikan menyebabkan akhirnya Albert mempunyai perasaan takut pada tikus putih. 
Dalam mazhab sosial fokus utama adalah Neobehaoris yang menitikbertkan tentang tingkah laku dan kognitif.  Ciri-ciri teori pembelajaran sosial adalah melalui interaksi, pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan, mengingat, reproduksi, peneguhan atau motivasi.
 Implikasi kepada guru adalah guru sebagai model peniruan.  Di samping itu guru-guru digalakkan menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang releven.  Guru juga digalakkan menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan.  Selain itu guru perlu menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai.  Oleh itu dengan pembelajaran yang menarik dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemontrasikan langkah-langkah pengajaran secara sistematik.  Guru juga perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.
Tingkah laku terbentuk berdasarkan prinsip-prinsip dalam pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran sosial.  Prinsip-prinsip seperti generalisasi, diskiminasi, penghapusan, membentuk di samping peneguhan positif, peneguhan negatif, hukuman positif, hukuman negatif dan peniruan tingkah laku dapat memberitahu tentang tingkah laku seseorang murid. 
Peneguhan positif merupakan ganjaran atau peneguh positif seperti pujian, hadiah dan penghargaan yang diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan pada masa akan datang.  Rangsangan aversif atau peneguhan negatif iaitu apa saja yang tidak disukai atau membuatkan rasa tidak selesa dikeluarkan menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang.
 Hukuman positif adalah penghukum atau rangsangan aversif diberi menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan.  Peneguh positif ditarik balik atau disingkirkan menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan adalah hukuman negatif.
 Peniruan adalah tingkah laku yang dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan sama ada di persekitaran.  Tingkah laku yang mendapat peneguhan atau hukuman akan digeneralisasikan kepada situasi lain yang hampir sama dikenali sebagai generalisasi.  Diskriminasi adalah kebolehan untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza mengikut rangsangan atau situasi berbeza.  Tingkah laku yang diberi peneguh sebelumnya kini tidak lagi diberi menyebabkan tingkah laku itu dihentikan adalah dikenali sebagai penghapusan.  Membentuk tingkah laku sedikit demi sedikit menggunakan peneguhan, penghapusan, generalisasi dan diskriminasi.
Sebagai kesimpulan teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu teori tingkah laku behaviorisme dan teori pembelajaran sosial.  Pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran sosial adalah merupakan konsep asas teori pembelajaran.  Hubungan antara rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik.  Manakala pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan itu.
 Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik.  Bagi menghentikan tingkah laku yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan hukuman negatif dilaksanakan..  Sebaik-baiknya ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan pertimbangan etika yang sewajarnya. 

TEORI REALITI


William Glasser merupakan pengasas Terapi Realiti merupakan seorang doktor psikologi klinikal.  Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, Carlifornia  pada tahun 11 Mei 1925 dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.  Bapanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya dan bapa beliau hanya bekerja sebagai seorang peniaga secara kecil-kecilan.  Manakala ibunya merupakan seorang yang berpendidikan dan sering menggalakkan anak-anaknya membaca.  Bidang muzik dan sukan adalah bidang yang amat diminati oleh William Glasser di samping membaca.  Sementelah itulah zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang amat menggembirakan bagi William Glasser.  Kakak dan abang sulungnya telah melanjutkan pelajaran di kolej.  Maka tidak mustahil William Glasser juga telah mengikut jejak langkah mereka. 
Bapanya telah menasihatinya bahawa bidang kejuruteraan adalah bidang yang baik untuk diceburinya.  Atas nasihat bapanya William Glasser telah melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan dan menerima Ijazah pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology pada tahun 1944 dan pada ketika itu beliau berusia 19 tahun.  William Glasser hanya menjawat jawatan jurutera selama beberapa tahun dan beliau telah menyambung pelajarannya di bidang psikologi pada tahun 1948 dengan mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve Universiti.  Beliau telah membuat tesis untuk phD pada tahun yang sama tetapi ditolak oleh pihak universiti.  William Glasser telah mendapat Ijazah perubatan di universiti yang sama pada tahun 1953.  Beliau telah membuat intenship di Veterans Administration Center di Los Angels dan kemudian bertukar ke UCLA.  Ketika ini beliau merasakan teori Sigmund Frued tidak bersesuaian dengan pandangannya.  G.Harrington telah menyelia Wiliam Glasser dan sependapat dengannya.
 William Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girl pada tahun 1956.  Ventura School for Girl merupakan sebuah institiut yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.  Beliau telah berkhidmat di institiut tersebut selama 12 tahun dan mempraktikkan konsep asal Terapi Realiti. 
 Bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness telah menjadi asas kepada teknik dan konsep Terapi Realiti.  Buku ini telah dihasilkan pada tahun 1961.  Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender   ialah manuskrip William Glasser yang telah menggunakan istilah Terapi Realiti buat kali pertama pada tahun 1964.  Bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry telah diterbitkan pada tahun 1965.
 Beliau telah mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California pada tahun 1966.  William Glasser telah menerbitkan buku School Without Failure pada tahun 1969 yang menerangkan interaksi guru dan murid serta sumbangan sekolah terhadap identiti gagal pelajar.
 Beliau telah menerbitkan buku The Identity Society pada tahun1972 yang berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara psikologi dan fisiologi dalam masyarakat.  Antara buku-buku lain yang dihasilkan oleh William Glasser ialah Positive Addiction (1976), Control Theory in the Classroom (1986), The Quality School (1990), The Quality School Teacher (1998) dan Unhappy Teenagers: A Way for Parents and Teachers to Reach Them (2002).  Selain menulis buku beliau telah membuka dan menubuhkan institiut Control Theory, Reality Therapy dan Quality Managment.
            Pada pandangan William Glasser Teori Pilihan membincangkan seseorang individu bertingkah laku dan mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala, perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. 
            Menurut kata William Glasser (2000) dengan tegas bahawa Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih tingkah laku dan individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.  Beliau juga melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi.  Tingkah laku manusia berpandukan keperluan asas (Glasser 2001).  Pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi dan  psikologi (Glasser 2001). 
Menurut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berdasarkan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu.  Keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan (Glasser 1986, Ahmad Jasmin 2010).  Keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan dan orang sekeliling adalah merangkumi aspek menyayangi dan disayangi.
 Keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain adalah merangkumi aspek rasa ingin penghargaan.  Dalam Teori Pilihan rasa ingin bebas bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih kewajaran untuk dirinya dan cenderung membuat keputusan tentang cita-cita kehidupan. 
Keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan rekreasi adalah keperluan keseronokan.  Keperluan dari aspek psikologi seiring dengan aspek fisiologi yang mana fisiologi merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
 Mengikut Teori Pilihan ia memberi penekanan kepada sifat tanggung jawab individu.  Beliau mendefinisikan tanggung jawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan yang diingini (Glasser 1965).  Beliau juga menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti (Glasser 1998).
Menurut pandangan William Glasser Terapi Realiti bermula apabila beliau telah mula membuat pandangan tentang proses perubahan manusia yang merupakan permulaan penting dalam psychologycal community.  Ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang, Terapi Realiti bermula. 
Terapi Realiti menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggung jawab terhadap pilihan tersebut.  Di samping itu Terapi Realiti berorientasikan tingkah laku secara total atau keseluruhannya yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan psychology.  Selain itu Terapi Realiti juga menekankan aspek tingkah laku dan pemikiran klien.  Namun demikian Terapi Realiti menolak konsep mental illness atau sakit jiwa. 
Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir yang merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu.  Kehidupan seseorang itu ditentukan oleh pilihan kita sendiri.  Pilihan yang dibuat oleh diri sendiri biasanya datang daripada hati sanubari kita.  Pada hakikatnya kadang-kala kita suka tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan perkara yang terbaik untuk diri kita sendiri.  Ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif membincangkan bahawa manusia bertingkah laku berdasarkan pilihan masing-masing.  Teori Pilihan Terapi Realiti telah membincangkan tentang pemikiran dan tingkah laku.
            Kesimpulan dalam Teori Pilihan adalah kita boleh mengawal tingkah laku kita.  Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan dan kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan yang mana masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud.  Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang.  Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, ingin penghargaan, ingin kebebasan, ingin kegembiraan dan ingin terus hidup.  Kita juga rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita.  Akhir sekali konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.                                      
Dalam pendidikan psikologi kaunseling Terapi Realiti adalah salah satu teori.  Terapi Realiti adalah sebahagian daripada pendekatan Kognitif.  Teori Pilihan tidak dapat dipisahkan daripada Terapi Realiti.  Terapi Realiti membincangkan bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain manakala Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia bertingkah laku.  Ia merupakan proses untuk memahami tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupannya.  Ia juga berfokus kepada tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid. 
Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP yang merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu tersebut.  Menurut Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi), D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan), manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan P merujuk kepada planning and commitment ( pelan bertindak dan komited).  Strategi WDEP merupakan langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid.  Sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP ini adalah perlu untuk guru mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.
            Guru mewujudkan suasana perbincangan konduksif iaitu pembinaan perhubungan yang tulen, mesra, tidak menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan empati, fokus pada isu murid, berkongsi cerita, dan menggunakan sedikit humor adalah merupakan suasana yang wajar diwujudkan sebelum sistem WDEP itu diterapkan.  Guru hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan, menuduh, mengkritik, memaksa murid, tidak menghargai murid, mewujudkan ketakutan dan mudah putus asa. 
            Guru meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid adalah penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants, Needs & Perception) di mana guru akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya.  Harapan dan keinginan murid perlu dikongsi oleh guru dari segi sejauh mana keperluan asas psikologi dipenuhi mengikut Terapi Realiti iaitu keperluan untuk dsayangi dan menyayangi , keperluan membuat pilihan di atas kebebasan yang diberi, kuasa untuk menghargai dan dihargai olehorang lain, rasa kegembiraan yang wujud dalam diri dan sejauh mana kehidupan dapat diteruskan hasil daripada keperluan-keperluan tadi dapat dipenuhi.  Perkongsian di antara guru dan murid akan melahirkan rasa komitmen di kalangan murid untuk meneruskan pilihannya dengan mengadakan perbincangan dengan guru.
            Guru meneroka arah tuju pelajar setelah penglibatan yang diperolehi oleh murid di mana langkah yang seterusnya guru bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya.  D (Doing & Direction) akan muncul apabila guru perlu memfokus kepada tingkah laku semasa murid.  Tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan guru adalah kepada tingkah laku semasa murid.  Tumpuan tingkah laku kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh murid.  Pengalaman lampau tidak perlu dilihat sebagai asas penerokaan masalah murid tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu tingkah laku masa kini.
            Murid membuat penilaian terhadap diri mereka setelah mendapat maklum balas daripada guru tentang usaha yang ingin dilakukan oleh murid untuk mengubah tingkah lakunya, penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan-perlakuan yang ingin dijalankan.  Penilaian tingkah laku yang wujud  bukan sahaja dibuat oleh guru malah ianya juga melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid untuk berubah.  Guru akan menilai secara berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya. 
            Guru berbincang tentang pilihan murid membuat tindakan adalah merupakan langkah terakhir dalam penggunaaan terapi ini  dan guru menggunakan konsep P (Plan of Action).  Guru membantu murid membuat perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah.  Guru perlu membuat perancangan yang mudah bersama murid agar boleh tercapai, boleh diukur, segera dilakukan oleh murid, penglibatan murid, murid mengawal setiap perancangannya, murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan.  Perancangan dan pelan yang dibuat adalah untuk membantu murid.  Langkah-langkah dan alternatif dipilih untuk mencapai objektif yang disenaraikan.  Dari semasa ke semasa pelan ini dinilai dan disemak.  Apabila murid tidak mengikit perancangan dengan baik maka masalah akan timbul.  Komitmen murid penting dan murid perlu bersungguh-sungguh untuk berubah.     
Matlamat Terapi Realiti adalah untuk membantu seseorang bagi mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.  Selain itu matlamat Terapi Realiti menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi untuk menilai dan  menghargai tingkah laku semasa.  Klien dibimbing ke arah menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidup yang lebih realistik.  Klien juga dibantu untuk bertindak dan bertingkah laku dengan penuh tanggung jawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidup klien perlu memperjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.  Namun matlamat Terapi Realiti juga membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu. 
Konsep utama Terapi Realiti telah mengemukakan alternatif ciri-ciri tertentu yang boleh atau harus diperhatikan.  Antara ciri-ciri tersebut ialah menolak konsep sakit jiwa dan tidak memberi perhatian atau fokus kepada dianogsis jiwa.  Menurut Terapi Realiti tingkah laku tidak siuman adalah hasil daripada penolakan tanggung jawab.  Individu yang membelakangkan tanggung jawab akan menghasilkan tingkah laku tidak siuman.  Apabila tingkah laku berubah sikap dan perasaan turut berubah.  Oleh itu Terapi Realiti tidak fokus kepada tingkah laku, sikap dan perasaan.  Sebaliknya Terapi Realiti menumpukan perhatian kepada situasi masa kini.  Sewaktu memberi perhatian kepada tingkah laku masa kini.
 Terapi Realiti menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan-kejayaannya, kelebihan dan kualiti positif yang ada padanya.  Dalam pada itu Terapi Realiti tidak mengabaikan harapan, kebimbangan dan nilai-nilai klien yang menekankan individu yang mempunyai banyak potensi serta bukan sebagai pesakit yang mempunyai banyak masalah.
 Konsep Terapi Realiti juga menggalakkan klien meneliti dan menilai tingkah laku.  Selain itu Terapi Realiti menekankan kepada aspek sedar personaliti dan tidak menekankan kepada aspek tidak sedar.  Ia memberi tumpuan terhadap  tingkah laku masa kini agar dapat mencapai kejayaan melalui tindakan yang bertanggung jawab dan realistik.
 Selain itu Terapi Realiti tidak menggunakan denda atau dera sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku kerana yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan.  Sementelah denda atau dera hanya bertahan dalam jangka masa yang pendek sahaja.  Berdasarkan konsep Terapi Realiti belajar menjadi seorang yang bertanggung jawab akan terus menerus berlaku di sepanjang hidup individu itu.  Bahagian yang paling penting dalam Terapi Realiti adalah aspek yang berkaitan dengn moral, standard, nilai dan kebolehan menentukan tingkah laku yang betul daripada yang salah.  Akhir sekali semua peraturan, persetujuan dan keperluan yang ditetapkan oleh kaunselor atau institusi hendaklah dipatuhi dengan ketat serta sebarang pelanggaran peraturan adalah tidak diizinkan.
Terapi Realiti juga mempunyai konsep alternatif yang lain yang berkaitan dengan keperluan asas manusia seperti keperluan perasaan mempunyai dan dipunyai kerana ianya penting untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan.  Terdapat tiga lingkungan perasaan mempunyai dan dipunyai iaitu keluarga, sosial dan tempat kerja.  Namun demikian tidak dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi mewujudkan persaingan.  Dalam pada itu untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan strategi dan perancangan yang betul. 
Selain itu secara lazimnya proses perkembangan manusia perlu bercirikan aktiviti  menggembirakan dan keperluan ini meliputi setiap perkembangan manusia.  Demi menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya kebebasan amat penting bagi setiap individu.  Setiap individu perlukan kebebasan untuk bergerak secara positif ke arah kehidupan yang diingini.  Oleh itu manusia sanggup berkorban untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan.
 Di samping itu keperluan selamat dan survival diperlukan juga oleh setiap individu merangkumi makanan, penginapan, berkeluarga dan zuriat.  Namun demikian konsep yang berkaitan dengan kehendak manusia merupakan suatu desakan yang membawa manusia bergerak dan bertindak ke arah memenuhi keperluan asas.  Walaupun keperluan asas manusia sama tetapi kehendak manusia bersifat unik, tersendiri, bertujuan untuk kepuasan diri, mengandungi tanggapan dan jangkaan tertentu terhadap keperluan asas yang hendak dicapai serta bersifat subjektif.  Sebagai contoh, aku perlukan kasih sayang daripada keluargaku sepatutunya begini. 
Seterusnya konsep berkaitan rasa tanggung jawab di mana tindakan manusia untuk memenuhi kehendak dan keperluan asas terdorong dengan rasa bertanggung jawab.  Setelah berlakunya penyesuaian akan wujud tingkah laku yang bersesuaian dengan peraturan dan sistem masyarakat yang akhirnya akan melahirkan idenditi yang berjaya.  Begitu juga sebaliknya.  Konsep berkaitan identiti pula berbeza di antara individu.  Matlamat hidup, kehendak, pemikiran, perasaan dan pelakuan adalah berbeza di antara setiap individu.  Ada dua jenis identiti utama dalam realiti iaitu identiti jaya dan identiti gagal.
 Identiti jaya merupakan individu yang berusaha sendiri untuk mempertingkatkan dirinya sedaya upaya mungkin.  Antara ciri-ciri individu yang memiliki identiti jaya adalah konstruktif, tegas, altruistik, sentiasa berperasaan positif, gembira, penerimaan kendiri positif, berfikir secara rasional, dekati masalah secara berpatutan, teliti, matang, bertumpu kepada aktiviti sihat seperti berekreasi, memiliki rasa bebas, seronok, rasa disayangi dan menyayangi, rasa cekap dan menghargai diri. Individu beridentiti jaya bertindak untuk menghasilkan kepuasan, perasaan positif dan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang positif. 
Manakala individu yang beridentiti gagal pula tidak mengambil tanggung jawab untuk menyelaras tingkah laku agar selari dengan harapan masyarakat umum, tinggalkan tanggung jawab dengan menunjukkan kekecewaan, menunjukkan tingkah laku yang tidak adaptasi, kecewa psikotik, mempamerkan simptom psikosomatik, bersifat terasing, mengkritik diri tinggi, tidak bertanggung jawab, mengekalkan tingkah laku yang tegang dan kaku.  Individu yang beridentiti gagal ini mencapai kehendak dan keperluan asasnya dengan cara tidak bertanggung jawab serta menghasilkan kepuasan, perasaan dan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan serta matlamat yang negatif.  Setiap individu yang gagal perlu mencapai keperluan asas dan cenderung sama ada menolak atau menerima realiti.  Individu gagal yang menerima realiti akan mencapai kehendak dan keperluan asas serta membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang positif serta akan lahirlah individu beridentiti jaya. Namun sebaliknya akan berlaku sekiranya individu gagal yang mencapai kehendak dan keperluan asasnya menolak realiti serta tiada rasa bertanggung jawab.  Sikap tidak ada rasa tanggung jawab ini akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang negatif serta lahirlah individu yang beridentiti gagal.
            Berdasarkan Teori Pilihan individu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.  Keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup) mempengaruhi keinginan.  Konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak.  Ia boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut.  Tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu dipengaruhi oleh konflik. Oleh itu keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbangkan kepada identiti berjaya atau identiti gagal.
 Individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggung jawab merupakan personaliti gagal.  Individu gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi.  Mereka akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif.  Personaliti gagal ini akan melarikan diri daripada tanggung jawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.
 Pilihan tingkah laku dalam kehidupan terbahagi kepada dua kategori iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif.  Antara tingkah laku yang efektif adalah sentiasa menyokong orang lain, sentiasa mendapat galakan, kemahiran mendengar yang tinggi, mudah menerima orang lain, mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain, menghormati orang lain dan selalu berunding.
 Manakala individu yang gagal mempamerkan tingkah laku yang tidak efektif adalah selalu mengkritik, selalu menuduh orang lain tanpa bukti, sentiasa tidak berpuas hati, selalu berleter, rasa terancam, buat sesuatu kerana takutkan hukuman dan terlalu mengawal orang lain.       
            Antara sumbangan Terapi Realiti jangka masa proses terapi yang berfokus kepada janga masa pendek dan menangani masalah tingkah laku secara sedar.  Kebanyakan populasi yang berbeza seperti salah laku, penyalahgunaan bahan, kecelaruan personaliti dan tingkah laku anti sosial yang mana pendekatan Terapi Realiti boleh diaplikasikan.  Setting kaunseling individu dengan kanak-kanak, remaja dewasa dan golongan berumur adalah proses Terapi Realiti yang boleh diaplikasikan.  Selain itu setting kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga turut ada dalam proses Terapi Realiti.  Proses Terapi Realiti juga diaplikasikan di hospital, klinik kesihatan mental,sekolah, pusat tahanan (penjara), pusat pemuliahan dan pusat krisis (Glasser, 1986: Seligman 1997).
 Namun Terapi Realiti sungguh konkrit serta memberi satu struktur klien dan terapi boleh mengukur tahap dan bentuk perubahan terutamanya apabila kontrak berfokus matlamat terbentuk.  Fokus kepada tanggung jawab dan kebebasan adalah merupakan pendekatan Terapi Realiti berlaku dalam kalangan individu tanpa mengkritik, menyalahkan klien atau ada percubaan untuk membentuk semula personaliti secara menyeluruh. 
Setiap individu bukan sebagai mangsa kemurungan atau tidak berkeupayaan bertindak.  Golongan ini memilih sendiri untuk berada dalam keadaan sedemikian.  Mereka bertanggung jawab ke atas diri sendiri atas perkara yang telah dibuat dan kedudukan mereka.  Ada kalanya manusia yang tidak diajar untuk bertanggung jawab terhadap tingkah laku mereka atau mengambil tanggung jawab berkenaan.  Memenuhi keperluan diri tanpa menyusahkan orang lain adalah tindakan yang bertanggung jawab (Glasser, 1965/ m.s. 13).
 Menurut Glasser (1984) Pendekatan Terapi Realiti ke arah penyelesaian konflik yang terdiri daripada dua tahap iaitu benar atau salah.  Konflik berkembang disebabkan ketidaksetujuan interpersonal terhadap perubahan adalah di tahap benar.  Manakala di tahap konflik salah pula perubahan mungkin jika diri sendiri bersedia untuk mengambil usaha membuat sesuatu untuk kebaikan dan tingkah laku bertanggung jawab.  Ini boleh membawa kepada hasil yang dikehendaki. 
            Menurut pendekatan Terapi Realiti aspek semulajadi tingkah laku seseorang berdasarkan kepada keperluan asas individu berkenaan (penghidupan perasaan kepunyaan dan kasih sayang, kekuasaan, keseronokan dan kebebasan).  Perkembangan personaliti individu ditentukan oleh persekitaran dan tanggapan seseorang individu serta memilih hala tuju dalam lingkungan persekitarannya.  Bagi memenuhi keperluan hidup dalam lingkungan peluang-peluang yang diperolehi dalam persekitaran seseorang itu bertanggung jawab terhadap pemilihan dan keputusan yang diambil.  Pilihan-pilihan yang diambil menentukan tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran.  Pendekatan Terapi Realiti tidak menafikan pengaruh biologi dalam masalah psaikologi mental malah pendekatan ini lebih pro kepada persekitaran.  Penegasan pendekatan Terapi Realiti bahawa faktor biologi (semulajadi) bukan penentu destinasi seseorang. 
            Menurut pendekatan Terapi Realiti penggunaan ubat-ubatan untuk masalah pesakit mental adalah ditentang sekeras-kerasnya.  Tingkah laku yang dipilih berpusatkan kepada keinginan untuk memenuhi keperluan asas individu.  Pada pendapat Glasser (2000) tingkah laku seseorang itu dipilih sendiri oleh individu berkenaan maka rawatan menggunakan ubat-ubatan berupaya menarik keluar sikap bertanggung jawab daripada klien.  Masalah kesihatan yang dihadapi dan dibuktikan dengan preskripsi ubat yang diperolehi adalah merupakan alasan klien terhadap tingkah laku.  
            Berdasarkan pendekatan Terapi Realiti tidak banyak menghadapi masalah disebabkan isu-isu budaya.  Manusia memilih cara-cara tertentu untuk memenuhi keperluan berdasarkan pilihan sistem kepercayaan keagamaan dan kebanyakan aspek-aspek Terapi Realiti mempunyai persamaan dan berlandaskan pelbagai prinsip keagamaan yang universal.  Teknik Terapi Realiti adalah fleksibel dan berupaya menggabungjalinkan teknik-teknik kaunseling dan pelbagai teknik teori dalam membantu klien memilih tingkah laku yang lebih berkesan pada waktu semasa. 
Sikap tanggung jawab merupakan sebagai tapak utama seseorang itu berubah namun begitu Terapi Realiti tidak menyalahkan atau mengkritik seseorang disebabkan kesukaran atau masalah yang dihadapi.  Menurut Glasser (2000) seseorang itu tidak patut dilabelkan berdasarkan sesuatu diagnostik.  Kelemahan Terapi Realiti ialah unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung.  Menurut pengkritik Terapi Realiti menyatakan unsur-unsur masa lampau amat penting untuk mengetahui latar belakang pemasalahan yang dihadapi pada masa kini.  Malah Terapi Realiti hanya cenderung memfokuskan kepada tingkah laku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak secara menyeluruh termasuk emosi, perspektif, kognitif, sensasi dan sebagainya.  Ini jelas menunjukkan Terapi Realiti mempunyai keupayaan yang terbatas.
 Status Terapi Realiti masa kini amat berkembang dengan pesatnya.  William Glasser masih meneruskan usahanya untuk mengembangkan terapi yang dibina melalui ceramah, penulisan dan pengamalan secara sendirian.
 Konsep Terapi Realiti diaplikasikan di sekolah-sekolah semakin pesat hasil usaha isteri barunya Carleen.  Isteri beliau merupakan pengarah urusan pusat Institiut Terapi Realiti di Cincinati, Ohio.  Hasil usaha William Glesser telah menubuhkan banyak institiut Terapi Realiti bertujuan melatih dan pemberian sijil dalam terapi berkenaan.  Satu jurnal juga telah diwujudkan atas nama International Journal of Reality Therapy.
Kesimpulannya Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang berfokus pada masa kini dan membantu seseorang membuat pilihan-pilihan yang berkesan dalam hidup.  Seseorang itu diajar mengadaptasikan tingkah laku baru yang lebih efektif dalam usaha memenuhi keperluan asas jika pendekatan yang digunakan tidak berkesan.  Berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang ditentukan dalam Teori Pilihan individu boleh memahami tingkah laku dirinya dan orang lain manakala Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu.
 Terapi Realiti dan Teori Pilihan sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah kerana terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggung jawab dan kesan kepada perlakuan individu.  Terapi Realiti memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.  

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

          Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York dan meninggal pada tahun1970 di usia 62 tahun kerana sakit jantung.  Abraham Maslow dibesarkan dalam sebuah keluarga Yahudi dari Rusia dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.  Hubungan Maslow dengan kedua orang tuanya tidak rapat sewaktu mudanya.  Semasa kanak-kanak dan remaja Maslow menderita dengan perlakuan kedua orang tuanya terutama ibunya.  Beliau hidup miskin dan mempunyai pendidikan yang rendah.  Sewaktu kecil kehidupan Maslow amat susah.  Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokan, penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian.  Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya.  Masalah persekitaran di luar rumah dan faktor keluarga banyak mempengaruhi kehidupannya.  Keluarganya amat berharap Maslow berjaya dalam bidang pelajaran terutamanya dalam jurusan undang-undang tetapi beliau tidak meneruskannya malah beralih ke bidang psaikologi.  Apabila meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New York(CCNY) dalam jurusan undang-undang.  Namun beberapa tahun kemudian, beliau telah bertukar ke Universiti of Wisconsis kerana lebih berminat dalam jurusan psaikologi.  Hasil daripada kelulusan itu beliau telah mendapat MA pada tahun 1931 dan phD pada tahun 1934 dalam bidang psaikologi di Universiti of Wisconsis.  Beliau juga telah menjadi “The chair of psychology Department” di Brandeis dari tahun 1951 hingga 1969.    Sepanjang menjadi ahli psaikologi beliau telah berjaya menulis buku “The Organism”.  Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psaikologi Amerika pada tahun 1969. 
Maslow adalah merupakan pelopor di bidang Psaikologi Humanistik.  Teorinya amat terkenal sehingga ke hari ini tentang kaedah heiraki.  Abraham Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan keseluruhan.  Contohnya seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu tersebut sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar.  Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.  Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.  Pendekatan Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu.  Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu.  Konsep Humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.  Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.  Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.  Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan.  Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik.  Teori ini dikenali sebagai Teori Hieraki Keperluan.  Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya.  Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and Personality.  
            Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah laku luaran yang diperlihat oleh manusia.  Beliau juga menganggap individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat.  Matlamat ini dianggap sebagai satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. 
            Abraham Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik.  Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan  manusia.  Setiap individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.  Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya.  Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari.  Personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam dan kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran, faktor personal dan persekitarannya.  Personaliti manusia adalah unik dan Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku dipelajari.  Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama.  Zaman di awal kanak-kanak adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya.  Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini.  Beliau tidak menafikan akan kewujudan kejahatan walaupun pada dasarnya warisan manusia adalah baik.  Maslow berpendapat kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.  Berdasarkan teori Abraham Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa.  Dalam had-had tertentu manusia juga bersifat bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.  
            Personaliti yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu.  Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi.  Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu.  Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak dan mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.  Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.  Motivasi intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.
            Abraham Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku.  Segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya,  ketakutan dan tidak menyetujuinya.  Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain.  Keperluan-keperluan ini mengikut urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah.  Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.
            Bukan kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama.  Hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita.  Keperluan ini adalah bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi.  Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi. 
            Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah.  Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.  Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan.  Semasa remaja keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan.  Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud.  Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah.  Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs.  Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi.  Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of needs.  Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni.  Dengan memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.  Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi.  Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10%  keperluan kesempurnaan kendiri.
            Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua.  Dengan kata lain keperluan tahap kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.  Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.  Keperluan ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain.  Keperluan keselamatan termasuk  keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang.  Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.  Sewaktu zaman kanak-kanak rasa ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya.  Kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman.  Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan undang-undang dalam masyarakat.  Ia amat menolong memenuhi keperluan ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal dan emosi.  Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi keperluan ini.  Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.  Kanak-kanak telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain iaitu memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya.  Pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan sebaya.  Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai.  Individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya.  Menurut Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang.  Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan tidak tenteram.  Ia juga menyebabkan gangguan emosi.  Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi.  Keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk  mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasadikenali dan mendapat kejayaan sosial.  Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain.  Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari.  Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif.  Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya.  Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.    
            Maslow juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi.  Antaranya  keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur-ansur.  Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.  Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir ke dunia.  Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.  Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.  Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut seperti gembira.  Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.  Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan. 
            Abraham Harold Maslow (1908-1970) menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi keperluan-keperluan masing-masing.  Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan.  Di dalam keperluan kekurangan terdapat beberapa keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar manusia terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi.  Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi.  Kita akan cuba merealisaikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna.  Dalam  heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah guru sebagai model peniruan.  Guru menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang relevan.  Di samping itu guru perlu menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai.  Oleh itu ia dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih sistematik.  Guru perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.      
            Abraham Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau.  Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya.  Keperluan manusia dapat diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psaikologi ialah keperluan sekunder.  Abraham Maslow (1970) berpendapat individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. 
            Maslow menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat-peringkat.  Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sekiranya keperluan yang lebih rendah tidak dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat paling asas terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi.  Selepas keperluan ini dipenuhi barulah keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, penghormatan kendiri dan penyempurnaan kendiri dapat dikecapi.  Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.  
            Model Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu.  Contohnya sewaktu bayi memerlukan perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri.  Keperluan ini terus bertambah sehingga ke peringkat penyempurnaan kendiri. 
            Kajian Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan pergantungan pada persekitaran sosial.  Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau bagi menentukan tingkah lakunya.  Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu  persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Sebab itulah Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan. 

          Teori heiraki keperluan Maslow (1970)  menurutnya keperluan kesempuraan kendiri mempunyai ciri-ciri manusia seperti berkemampuan melihat diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling, mempunyai kecekapan yang tinggi, mempunyai perasaan yang sentiasa dihargai, kreatif, mempunyai ciri-ciri orang yang demokratik, mempunyai hubungan interpersonal, bersikap sopan santun, bersikap spontan, mempunyai sikap kasih-mengasihi dan pergaulan ramah.  Individu yang sempurna tidak semestinya mencapai ciri-ciri kesempurnaan kendiri sekali gus. Jika individu mencapai kesemua ciri-cirinya ia dikenali individu unggul.  Keperluan kesempurnaan kendiri berada di peringkat paling atas.  Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini.  Keperluan ini merangkumi kebolehan menggunakan  sepenuhnya potensi yang dimiliki, bakat dan kebolehan.  Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya.  Insan yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi, kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.  Ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali, berdedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian serta penolakan terhadap tekanan sosial.
            Oleh yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan keperluan terhadap dirinya.  Keperluan kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah amat penting untuk mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin. 
            Teori pembelajaran psaikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza dan berkongsi pengajaran manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik, mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya  mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya.  Pendekatan Humanistik menekankan keseluruhan murid dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid.  Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.  Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaan.  Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain.  Oleh itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid sendiri.  Mengikut Psaikologi Humanistik mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka guru memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum.  Teori Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan, emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu.   kendiri yang unik.  Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.  Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya.  Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul.  Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak .  Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. 
            Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan.  Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.  Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi.  Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut.  Ciri-ciri yang berbeza di antara individu menyebabkannya sebagai  kendiri yang unik.  Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.  Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            Faktor penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya.  Faktor corak atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan yang tinggi tidak timbul.  Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak .  Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya. 
            Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan.  Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.  Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi.  Sekiranya keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psaikologi pada individu tersebut.