Teori Pembelajaran adalah merupakan tingkah laku
yang boleh dipelajari dan perkembangan manusia disebabkan oleh adaptasi
terhadap persekitaran. Konsep-konsep
asas teori adalah memahami tingkah laku terbentuk serta mencadangkan strategi
untuk membangunkan sahsiah murid yang baik melalui pendekatan pembelajaran.
Pada abad ke-20 pendekatan pembelajaran telah
berkembang seiring dengan gelombang Pendekatan Psikodinamik yang pada ketika
itu sangat mempengaruhi dunia psikologi (Corner & Gould, 2011). Pendekatan pembelajaran memberi perhatian
terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dikaji secara sainstifik
manakala Pendekatan Psikodinamik hanya memfokus kepada minda sedar dan separa
sedar. Teori Behaviorisme adalah
pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan
perubahan tingkah laku. Oleh itu tingkah
laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Salah
seorang tokoh yang berjasa dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran ialah
Albert Bandura yang dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah bandar kecil
Mundare di utara Alberta, Kanada. Beliau
telah mula belajar di sebuah sekolah rendah yang kecil dan bersekolah di sebuah
sekolah menengah yang mempunyai kemudahan serta sumber-sumber pelajaran yang amat minimum. Namun kejayaan yang diperolehi amat
memberangsangkan.
Selepas menamatkan pelajaran di sekolah
menengah, beliau telah bekerja mengambus lubang di Lebuhraya Alaska, Yokun pada
musim sejuk. Beliau telah mendapat
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di Univercity of British Colombia
pada tahun 1949. Beliau kemudian
mendapat phD di Univercity of Iowa pada tahun 1952. Sewaktu berada di sana beliau dipengaruhi
oleh Teori Behaviorsme dan Teori Pembelajaran.
Ketika berada di Iowa belaiau telah bertemu
jodoh dengan Virginia Varns seorang jururawat dan dikurniakan dua orang cahaya
mata perempuan. Setelah menamatkan
pengajian beliau telah berhijrah ke Wichita, Kansas. Pada tahun 1953 beliau telah mula mengajar di
Univercity of Stanford. Semasa di sana
beliau telah bekerjasama dengan pelajar ijazah pertama Richard Walters untuk
menghasilkan buku pertama meraka yang bertajuk Pencerobohan Remaja pada tahun
1959. Pada tahun 1973 Albert Bandura
telah menjadi presiden APA dan menerima Anugerah APA untuk Sumbangan Cemerlang
Sains pada tahun 1980 dan beliau bekerja di sana hingga ke hari ini.
Tokoh-tokoh
lain yang terlibat dalam penghasilan teori-teori pembelajaran dan banyak
menyumbangkan jasa dalam aliran ini ialah Ivan Pavlov (1849-1936), Edward
Thorndike (1874-1949), John Watson (1878-1958), B.F. Skinner (1904-1990) dan
Albert Bandura (1925- ).
Ivan
Pavlov (1849 hingga 1936) membuat kajian terhadap sistem pencernaan anjing yang
telah memberikan satu penemuan dan impak yang besar kepada teori pembelajaran
iaitu Konsep Pelaziman di mana konsep pelaziman ini juga dikenali sebagai
Pelaziman Klasik yang mencadangkan bahawa tingkah laku adalah dihasilkan
daripada gerak balas terhadap rangsangan yang diterima. Konsep yang diperkenalkan ialah konsep
generalisasi, dikriminasi, penghapusan dan pembelajaran semula. Teori Pelaziman Klasik Pavlov juga dikenali
sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas atau
responden atau Teori R-G.
Gerak balas adalah apa sahaja tingkah laku
yang timbul akibat rangsangan.
Rangsangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak
balas. Contoh sebelum pelaziman apabila loceng rehat
dibunyikan (rangsangan terlazim) dan tiada gerak balas berlaku. Makanan (rangsangan tidak terlazim) dan air
liur (gerak balas tidak terlazim).
Semasa pelaziman bunyi loceng rehat (rangsang terlazim) dan air liur
(gerak balas tidak terlazim). Selepas
berlaku pelaziman bunyi loceng rehat (rangsangan terlazim) dan air liur (gerak
balas terlazim).
Penggunaan teori Pavlov di dalam bilik darjah
boleh dilaksanakan kerana rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dengan
pengukuhan membuat latihan (lembaran kerja).
Motivasi juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Proses pembelajaran boleh berlaku dengan
membuat latihan, pembiasaan atau pengalaman. Begitu juga generalisasi juga
berlaku dalam proses pembelajaran.
Tingkah laku akan terhapus sekiranya tidak ada peneguhan dalam bentuk
ganjaran. Pembelajaran lebih berkesan
jika guru dapat membantu murid-murid mendiskirminasikan jenis rangsangan yang
perlu diberi tumpuan. Konsep pemulihan
semerta juga dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Edward
Thorndike (1874 hingga 1949) telah mengembangkan Teori Pembelajaran Klasik
Pavlov menurut pandangannya tentang pembelajaran instrumental. Kajian beliau terhadap kucing lapar dengan
menggunakan puzzle box berjaya dikemukakan Hukum Kesan atau akibat dan Kaedah
Cuba Jaya.
Edward Thorndike berpendapat sesuatu tingkah
laku ditunjukkan atau tidak bergantung kepada kesan daripada perbuatan yang
dilakukan iaitu sama ada menerima kesan positif atau sebaliknya. Rangsangan akan diberi setelah tindak balas
yang dikehendaki berlaku. Beliau telah
membuat eksperimen melatih anjing berdiri.
Pembelajaran Pelaziman Operan merujuk kepada
bentuk pembelajaran bagi seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak
balas kukuh dan tetap serta dipilih daripada beberapa gerak balasnya. Konsep model Pembelajaran Operan adalah gerak
balas berlaku secara sendiri. Jika hasil
pembelajaran berkesan dan positif maka pembelajaran akan dikukuhkan serta
dikekalkan.
Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan
gerak balas individu tersebut akan diberi peneguhan. Peneguhan pula sama ada peneguhan positif
atau peneguhan negatif. Peneguhan positif (ganjaran) merupakan fenomena
gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kewujudan sesuatu peneguh
berkenaan.
Manakala peneguhan negatif (dendaan) merupakan
fenomena gerak balas tertentu yang diteguhkan kerana kehilangan peneguh
berkenaan. Pembelajaran Cuba Jaya
merupakan proses cuba-ralat atau memilih dan berhubungkait. Di dalam proses ini, oleh kerana latihan
dilakukan secara berulang-ulang walaupun gerak balas yang salah dihasilkan di
peringkat permulaan akan semakin berkurangan.
Oleh itu perhubungan di antara rangsangan dan gerak balas semakin
bertambah kukuh. Maka perhubungan di
antara rangsangan dan gerak balas mewakili konsep pembelajaran.
Tiga hukun pembelajarn
Thorndike adalah hukum kesediaan, hukum latihan (bilangan latihan) dan hukum
kesan ( keberkesanan latihan). Hukum
kesediaan bagi murid yang bersedia untuk belajar rangsangan motivasinya akan menghasikan
pembelajaran yang berkesan dan memuaskan.
Manakala bagi murid yang belum bersedia untuk belajar atau pun dipaksa
belajar (tanpa rangsangan ) akan terhasil pembelajaran tidak berkesan.
Hukum latihan adalah pertalian antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan dan aplikasi serta
aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum kesan adalah merupakan pertalian antara
rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat mengesan pengalaman
yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Jika kesan pengalaman itu menyakitkan gerak
balas tersebut akan semakin lenyap.
John
Watson (1878 hingga 1958) telah meneruskan usaha Pavlov dan Thorndike serta
dianggap Bapa aliran Behaviorisme kerana kajian beliau terhadap bayi iaitu
menurut Albert menunjukkan bahawa emosi seperti takut juga boleh
dilazimkan. Setiap tingkah laku
dipelajari melalui hasil daripada gerak balas terhadap rangsangan. Beliau berpendapat bahawa kita tidak perlu
mengkaji apa yang berlaku dalam minda kerana ia tidak boleh dilihat.
Seorang Amerika Psychologist
yang mencipta istilah Behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku
manusia. Kajiannya banyak dipangaruhi
oleh teori Pelaziman Pavlov tetapi menumpukan perhatian terhadap kajian
mengenai emosi kanak-kanak.
Implikasi daripada teori Watson adalah semua
tingkah laku boleh dipelajari melalui
proses pelaziman. Tingkah laku positif boleh diajar dengan
rangsangan yang sesuai. Latih tubi juga
perlu untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Semasa mengajar guru hendaklah menggunakan
rangsangan yang boleh memotivasikan murid-murid supaya berminat untuk belajar
dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif. Bagi menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah murid-murid hendaklah belajar tentang perhubungan gerak balas-gerak
balas secara sistematik.
B.
F. Skinner (1904 hingga 1990) mengembangkan Pelaziman Instrumental yang
dikemukakan oleh Thorndike kepada Pelaziaman Operan. B. F. Skinner (1977) menghabiskan kariernya
untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement dan memfokuskan penelitian
tentang perilaku.
B.F.Skinner mencadangkan empat kesan yang akan
diterima apabila sesuatu tingkah laku ditunjukkan iaitu peneguhan positif,
peneguhan negatif, hukuman positif dan hukuman negatif. Beliau juga dianggap Bapa Modifikasi Tingkah
Laku kerana mencadangkan bahawa tingkah laku perlu dianalisis terlebih dahulu
sebelum dibuat pengubahsuaian menggunakan prinsip-prinsip asas tingkah
laku.
Tingkah laku manusia bolah
dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku
operan. Skinner telah membuat kajian ke
atas tikus, burung merpati dan manusia.
Pembelajaran berlaku melalui
Pelaziman Operan kepada diri sendiri.
Dalam Teori Pelaziman Operan peneguhan positif atau peneguhan negatif
dilaksanakan untuk mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang
dihasilkan. Peneguhan positif ialah
rangsangan penting yang dilaksanakan untuk menambah kebarangkalian gerak balas
murid.
Peneguhan negatif juga
dilaksanakan untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi
tingkah laku operan yang diingini.
Penghapusan sesuatu tingkah laku yang dihasilkan akan berlaku jika
peneguhan tidak dilakukan. Organisma
boleh menguasai konsep diskriminasi melalui proses Pelaziman Operan. Dalam proses pembelajaran konsep diskriminasi
adalah penting untuk mencapai kejayaan.
Teori
Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu
atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. Ini
bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku. Albert Bandura (1925 hingga sekarang)
dianggap sebagai salah seorang new-behaviorist (neo-behaviorist) kerana
berpendapat tingkah laku bukan disebabkan pelaziman semata-mata tetapi juga
melibatkan proses mental. Albert Bandura
(1977) menyatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku
daripada orang lain dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif
seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.
Justeru itu di dalam Teori
Pembelajaran Sosial Bandura beliau telah membuat analisis yang menyatakan
bahawa manusia belajar melalui pemerhatian.
Pembelajaran melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya setiap individu terutama kanak-kanak
akan menilai sesuatu perkara berasaskan sesuatu perkara yang pernah dilihat
oleh mereka di persekitaran. Albert
Bandura berpendapat tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan
terhadap model-model, iaitu individu-individu yang berada di persekitaran
(pembelajaran pemerhatian) maka teori ini dikenali sebagai Teori Pembelajaran
Sosial.
Menurut Albert Bandura emosi
manusia terdiri daripada tiga jenis iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau telah membuat eksperimen dengan kanak
berusia 9 tahun, Albert dan tikus putih.
Setiap kali tikus putih ditunjukkan kepada Albert dentuman yang kuat
dibunyikan menyebabkan akhirnya Albert mempunyai perasaan takut pada tikus
putih.
Dalam mazhab sosial fokus
utama adalah Neobehaoris yang menitikbertkan tentang tingkah laku dan
kognitif. Ciri-ciri teori pembelajaran
sosial adalah melalui interaksi, pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan,
mengingat, reproduksi, peneguhan atau motivasi.
Implikasi kepada guru adalah guru sebagai
model peniruan. Di samping itu guru-guru
digalakkan menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang releven. Guru juga digalakkan menyediakan situasi
pembelajaran tanpa gangguan. Selain itu
guru perlu menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Oleh itu dengan pembelajaran yang menarik
dapat mengekalkan ingatan murid dengan mendemontrasikan langkah-langkah
pengajaran secara sistematik. Guru juga
perlu memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi.
Tingkah laku terbentuk
berdasarkan prinsip-prinsip dalam pelaziman klasik, pelaziman operan dan
pembelajaran sosial. Prinsip-prinsip
seperti generalisasi, diskiminasi, penghapusan, membentuk di samping peneguhan
positif, peneguhan negatif, hukuman positif, hukuman negatif dan peniruan
tingkah laku dapat memberitahu tentang tingkah laku seseorang murid.
Peneguhan positif merupakan
ganjaran atau peneguh positif seperti pujian, hadiah dan penghargaan yang
diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan pada masa
akan datang. Rangsangan aversif atau
peneguhan negatif iaitu apa saja yang tidak disukai atau membuatkan rasa tidak
selesa dikeluarkan menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan
lagi pada masa akan datang.
Hukuman positif adalah penghukum atau
rangsangan aversif diberi menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau
dihentikan. Peneguh positif ditarik
balik atau disingkirkan menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan
adalah hukuman negatif.
Peniruan adalah tingkah laku yang dipelajari
melalui pemerhatian dan peniruan sama ada di persekitaran. Tingkah laku yang mendapat peneguhan atau
hukuman akan digeneralisasikan kepada situasi lain yang hampir sama dikenali
sebagai generalisasi. Diskriminasi
adalah kebolehan untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza mengikut
rangsangan atau situasi berbeza. Tingkah
laku yang diberi peneguh sebelumnya kini tidak lagi diberi menyebabkan tingkah
laku itu dihentikan adalah dikenali sebagai penghapusan. Membentuk tingkah laku sedikit demi sedikit
menggunakan peneguhan, penghapusan, generalisasi dan diskriminasi.
Sebagai kesimpulan teori
pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu teori tingkah laku behaviorisme
dan teori pembelajaran sosial. Pelaziman
klasik, pelaziman operan dan pembelajaran sosial adalah merupakan konsep asas
teori pembelajaran. Hubungan antara
rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik. Manakala pelaziman operan tingkah laku akan
diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada
perbuatan itu.
Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi,
penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku dapat diterapkan
dengan tingkah laku yang baik. Bagi
menghentikan tingkah laku yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan
hukuman negatif dilaksanakan..
Sebaik-baiknya ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan
pelbagai isu dan memerlukan pertimbangan etika yang sewajarnya.
this is good enough. tpi klu letak tajuk2 bgi stiap part dlm pnerangan laaagi elok. ALL THE BEST!
BalasPadam