Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

Teori Psikoanalisis

           Pada tahun 1986 , Sigmund Frued telah mempelopori dan memperkenalkan Sistem Psaikoanalitik.  Beliau juga merupakan pengasas Pendekatan Teori Psaikoanlitik dalam bidang psaikologi.   Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1856 dan berasal dari Moravia yang kini lebih dikenali sebagai Slovakia dan meninggal dunia pada 23 September 1939.  Beliau telah melanjutkan pelajaran pada tahun 1873 di Universiti Wina dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1881.  Sigmund Frued telah mengundang beberapa orang doktor muda Wina untuk berbincang tentang isi-isu psaikologi.  Alfred Adler, Wilhelm, Max Kahane, Rudolf Reitler dan diri beliau sendiri adalah antara lima orang yang terlibat dalam perbincangan mengenai isu-isu psaikologi.  Sigmund Frued merupakan seorang doktor perubatan dan menumpukan penyelidikannya tentang kecelaruan saraf.  Di samping itu beliau juga terlibat dalam bidang neorofisiologi dan neuropsikitari.   Pada tahun 1900 beliau telah menulis sebuah buku bertajuk “The Interpretations of Dream”.  Sigmund Frued telah mendalami penyelidikan ini sehingga terbitnya buku kajiannya.  Teori Psikoanalitik adalah merupakan satu kaedah yang boleh diiktiraf untuk merawat individu yang bermasalah dari segi emosinya.  Di samping itu juga Psikoanalitik merupakan satu mekanisme yang sesuai untuk merawat individu yang mempunyai masalah personaliti.  Menurut pendekatan ini, tingkah laku seseorang pada masa kini adalah dihasilkan daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psaikoseksual sejak lahir hingga dewasa.  Oleh itu, Sigmund Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psaikologi individu.  Sigmund Frued mengembangkan teknik Psikoanalitik sebagai satu cara pelaksanaan menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan kejiwaan dan beliau merumuskan bahawa teori tentang struktur peribadi manusia adalah berkaitan dengan rasa cemas, mekanisme untuk mempertahankan diri, rasa tertekan, sublimasi dan lain-lain lagi.  Sigmund Frued juga berpendapat bahawa masaalah seksual juga menjadi sebab penting dalam hal penyakit jiwa.  Masalah seksual bermula daripada zaman kanak-kanak dan bukan sewaktu dewasa.  Sehingga ke saat ini, psikoanalitik dianggap sebagai salah satu gerakan revolusioner di bidang psaikologi bagi penyembuhan penderita sakit mental.
            Menurut pandangan Sigmund Frued tentang fitrah manusia bahawa beliau mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi.  Pendekatan Psaikoanalitik melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial, penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak membawa arah kepada nasib haluannya.  Sigmund Frued melihat sifat manusia pada dasarnya ialah deterministik.  Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kebinatangan dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama ialah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.  Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakan jahat perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat seperti kekeluargaan dan sosialisasi.  Sekiranya sosialisai ini tidak berlaku maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat itu sendiri. 
Teori Psaikoanalitik berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh tenaga psike.  Tenaga psike meliputi dua aspek iaitu penentuan psike dan tahap kesedaran.  Penentuan psike bermaksud bahawa semua tingkah laku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu.  Pada lazimnya ia berkait rapat antara hubungan sesama insan.  Terdapat perkaitan antara tahap sedar dan tidak sedar, antara pemikiran dengan tindakan atau gerakan emosi yang serta merta.  Fahaman tenaga psike dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep libido.  Konsep ini lebih merupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau eros.  Libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak bertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit tetapi termasuk segala aspek kepuasan sendiri.  Desakan kedua dalam tenaga psike ialah desakan aggresi atau thanatos.  Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuan psike ini berkait rapat bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.  Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia. 
            Sigmund Frued membahagikan asas Teori Psaikoanalitik aspek mental kepada tiga bahagian iaitu alam sedar (individu dalam keadaan sedar yang merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan), alam pra sedar (pengalaman di bawah sedar tetapi boleh menjadi sedar apabila mengingat semula) dan alam bawah sedar (mengandungi pengalaman dan memori di mana individu tidak sedar kewujudannya).    Di samping itu Psaikoanlitik terdapat tiga penerapan iaitu satu kaedah penelitian daripada fikiran, suatu ilmu pengetahuan sistematik mengenai tingkah laku manusia dan suatu kaedah perlakuan terhadap penyakit psaikologi atau emosional.     
            Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Frued tentang psaikologi dan pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap dasar segala tindakan dan pelakuan.  Idea Sigmund Frued tentang pemikiran sedar dan bawah sedar tercetus daripada pengalaman diri Sigmund Frued sendiri sewaktu berhadapan dengan pesakit jiwa di kliniknya.  Sigmund Frued berasa hairan dengan tingkahlaku pesakitnya.  Sigmund Frued percaya bahawa fenomena bawah sedar mempunyai pengaruh yang besar mempengaruhi tindak tanduk dan cara seseorang itu berfikir.  Menurut Sigmund Frued, tempat yang paling strategik untuk  menerokai aktiviti bawah sedar ialah mimpi.  Interaksi sedar, tidak sedar dan bawah sedar inilah yang akan membentuk dan mempengaruhi diri dan dunia seseorang manusia.  Tahap bawah sedar ialah tahap yang paling penting.  Ia sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang.  Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya.  Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkah laku yang diterima oleh orang ramai.  Oleh sebab itu peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah amat sukar.  Pada umumnya Teori Psaikoanalitik berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan itu.  Sebagai contoh khayalan seseorang atau mimpinya.   
            Teori Psaikoanalitik adalah merupakan sebahagian teori yang penting dalam dunia Psaikologi Moden.  Meskipun Sigmund Frued bukanlah orang pertama mengemukakan teori tentang keperibadian yang berkaitan alam bawah sedar, namun beliau merupakan seorang revolusioner di bidang psaikologi.  Setelah membuat kajian yang lama, beliau manyatakan kesimpulan bahawa sebahagian besar kehidupan seseorang individu dikuasai oleh alam bawah sedar seperti keinginan,  impuls atau dorongan.  Keinginan atau dorongan yang tertekan akan terus hidup dalam alam bawah sedar. 
            Sigmund Frued mengembangkan teknik Psaikoanalitik sebagai satu kaedah penyembuhan penyakit kejiwaan dan beliau merumuskan teori tentang struktur peribadi manusia yang kemudian dikembangkan menjadi sebuah teori psaikologi yang berkaitan dengan rasa cemas, mekanisme mempertahankan diri, rasa tertekan, sublimasi dan lain-lain.  Sigmund Frued amat terkenal dengan keghairahan seksual yang tertekan sering menjadi penyebab penting dalam masalah penyakit jiwa atau neurosis.  Beliau juga menunjukkan bahawa ghairah seksual dan nafsu seksual bermula daripada zaman kanak-kanak lagi dan bukan bermula pada zaman dewasa. 
            Dalam teori Sigmund Frued alam sedar merupakan segala sesuatu yang disedari oleh manusia pada saat-saat tertentu, pancaindera, ingatan, pemikiran, fantasi dan perasaan yang dimiliki oleh manusia.  Kaitan alam sedar ini adalah apa yang dinamakan oleh Sigmund Frued sebagai alam tidak sedar, iaitu segala sesuatu yang dipanggil ke alam sedar seperti kenangan yang tidak boleh diingati ketika berfikir tetapi dengan mudah boleh dipanggil lagi atau sering kali disebut sebagai kenangan yang sudah sedia ada.  Menurut Sigmund Frued kedua-duanya adalah bahagian terkecil dalam fikiran. 
            Bahagian terbesar dalam fikiran adalah alam bawah sedar.  Bahagian ini merangkumi sesuatu yang sangat sulit dibawa ke alam sedar seperti kenangan pahit atau emosi yang dikaitkan dengan trauma.  Sigmund Frued berpendapat bahawa alam bawah sedar adalah sumber daripada motivasi dan dorongan yang ada dalam diri kita, hasrat yang sederhana seperti makanan atau seks, daya-daya neurotik, atau motif yang mendorong ke arah seniman atau ilmuan berkarya.  Namun anehnya menurut Sigmund Frued, kita sering terdorong untuk mengingkari atau menghalangi seluruh bentuk motif ke arah alam sedar.  Oleh itu, motif-motif itu wujud samar-samar.
            Pandangan Pendekatan Psaikoanalitik terhadap sifat 
manusia di mana menurut Sigmund Frued manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan.  Naluri ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu naluri seksual dan naluri kebinasaan.  Menurut Sigmund Frued (1950) melalui Teori Psaikoanlitiknya menyatakan bahawa setiap manusia secara semulajadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelakkan kesakitan.  Jika keinginan keseronokan dan mengelakkan kesakitan terhalang maka seseorang itu bertindak agresif.  Seseorang yang agresif mempunyai dorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif.  Sigmund Frued (1930, 1950) berpendapat bahawa keagresifan disebabkan oleh faktor naluri biologi yang mewujudkan musuh dorongan desakan kebebasan.  Manusia mempunyai tanggapan antara dorongan membina atau kemusnahan.  Dorongan semulajadi atau dorongan mati adalah semulajadi, namun naluri ini tetap mewujudkan dorongan musuh menuntut kebebasan.
  Tenaga pula wujud dalam dua bentuk iaitu tenaga psike  yang merupakan kuasa penggerak kepada segala aktiviti manusia dan mempunyai hubungan dengan naluri seksual atau libido.  Pengaruh tenaga psike ini terbahagi kepada tiga iaitu perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan ke arah mana tenaga psike diperkembangkan sama ada di luar kawalan atau tanpa sedar.  Tenaga psike juga dipengaruhi oleh keperluan paling asas iaitu keperluan untuk rasa dimiliki dan ia akan kekal sebagai sebahagian daripada elemen tidak sedar.  Selain itu, pengaruh tenaga psike juga melibatkan keperluan tidak sedar akan membentuk tenaga psike seterusnya mempengaruhi bidang kerjaya individu.  Tenaga psike mempengaruhi personaliti seseorang pada zaman remaja.  Tenaga psike merangkumi perkembangan tahap pemikiran, perasaan, kederiaan dan gerak hati.  Pada tahap ini berlakunya tahap kesukaran dalam pengadaptasian kehidupan.  Di tahap ini seseorang mengalami krisis indentiti yang  mana para remaja berhadapan mencari identiti sebenar dan terdedah kepada pengaruh persekitaran yang kuat terhadap identiti mereka.  Manakala tenaga deterministik  pula ialah tenaga yang menjadi sebab dan akibat tingkahlaku fizikal dan mental manusia.  Tindakan manusia ditentukan oleh tenaga dalam manusia yang berkembang pada masa kanak-kanak.  Masa lalu paling banyak mempengaruhi ialah tahap perkembangan awal kanak-kanak dan relasi awal pengasuhan orang tua. 
Konsep-konsep utama Pendekatan Psaikoanalitik terbahagi kepada tiga komponen iaitu Id ialah komponen biologi, tempat-tempat penumpuan naluri, bersifat tidak logik, tidak bermoral dan didorong oleh nafsu.  Id mempunyai tugasnya tersendiri iaitu misalnya sentiasa mendorong kepada keseronokan, kejayaan dan kehendak naluri.   Id mengandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seseorang individu.  Dalam pandangan psaikoanalisis ciri id seseorang itu sudah wujud semasa dilahirkan.  Id dianggap satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia.  Id merupakan satu gejala bawah sedar.  Id  juga merupakan satu tenaga yang primitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orentasi berkehendakan kepuasan.  Id merupakan sumber libido.  Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan sendiri secara mendadak.  Itulah sebabnya id tidak ada penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral.  Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psaikologikal yang tidak payah dipelajari.  Id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan.  
Komponen kedua terdiri daripada Ego iaitu komponen psaikologi,  mengendalikan kesedaran, bertindak sebagai hakim dan tugas utamanya mengimbangi id dan super ego.  Ego berlaku secara realistik dan berfikir.  Ego pula berperanan mententeramkan id.  Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasa kelahiran.  Sebaliknya ego berkembang secara berperingkat.  Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, ingin kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.  Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identitifikasinya dengan orang lain, objek dengan alam sekelilingnya.  Sebagai alat memperkukuhkan sendiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu.  Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identitifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan  tenaga psike daripada id kepada ego.  Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego.  Id mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.  Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran  yang nyata atau sebenar.  Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkah laku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.  Ego juga boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran.  Apabila kaedah ini bergerak dan mengambil alih tingkah laku, kaedah ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego.  Mekanisma bela diri adalah pendaman, sorotan dan sublimasi.  Ego ialah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti. 
Manakala komponen ketiga ialah super ego iaitu komponen sosial dan nilai-nilai moral masyarakat.  Ia adalah cabang moral yang mementingkan kesempurnaan berfungsi menghalang keinginan-keinginan id.  Manakala super ego berfungsi sebagai pelindung dari sebarang perkara yang cuba meruntuhkan prinsip-prinsip kemanusiaan , sosial, moral dan sebagainya.  Ketiga-tiga komponen merupakan proses-proses berinteraksi di antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkahlaku tertentu.  Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psaikoanalisis.  Super ego lebih menyerupai hati nurani seseorang individu.  Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.  Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu bapa, mahupun masyarakat.  Moral yang sedemikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seseorang individu itu masih kecil pada peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sehingga sebati dengan hati nuraninya.  Super ego mengawal id dan ego.  Super ego seakan-akan bertindak seperti ibu bapa seseorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap dan tingkah laku.  Di sebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan.  Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang melayu apabila hendak keluar dari rumah secara otomatis terlintas memakai kasut.  Keadaan menanggal kasut sebelum masuk ke rumah juga menjadi kelaziman adat orang melayu.  Super ego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. 
Tingkah laku terhasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id.  Id yang beroperasi di tahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya.  Namun bagaimanapun ego sebagai komponen psaikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada super ego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku baik atau buruk.  Sekiranya desakan id tidak menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut.  Justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut akan berlaku. 
Menurut Sigmund Frued perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat mulut atau oral (0-1 tahun), peringkat dubur atau anal (1-3 tahun), peringkat falik (3-6 tahun), peringkat pendaman (6-12 tahun) dan peringkat shahwat atau genital (12- dewasa).  Pada setiap peringkat perkembangan psaikoseksual tersebut individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi desakan nalurinya.  Sekiranya kepuasan dicapai maka individu akan membentuk sahsiah yang menepati norma masyarakat.  Jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila dewasa.  Peringkat mulut atau oral (lahir hingga 1 tahun) di mana kanak-kanak didorong oleh rasa laparkan susu ibu dan kepuasan diperolehi melalui aktiviti mulut dengan menyusu.  Sepatutnya kanak-kanak disusui,  dibelai dan dilayan mesra oleh ibunya.  Sekiranya tidak berlaku maka lekatan akan berlaku dan natijahnya terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan melalui mulut.  Peringkat dubur atau anal (1 hingga 3 tahun) kepuasan diperoleh melalui aktiviti dubur dengan membuang air besar dan air kecil.  Kanak-kanak diajar cara-cara membuang air.  Sekiranya dimarah secara keterlaluan jika berlaku kesilapan sewaktu membuang air mereka akan rasa tertekan kerana keliru terhadap cara sebenar membuang air dan ini akan menyebabkan lekatan perkembangan personaliti mereka.  Implikasi lekatan di peringkat ini akan membina tingkah laku yang kedekut, agresif, pendendam, degil dan obsesif kompulsif.  Peringkat falik (3 hingga 6 tahun) adalah perkembangan motor, kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanak-kanak.  Kanak-kanak telah beralih daripada penerima yang pasif kepada penguasaan yang aktif.  Pada peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka.  Kecenderuangan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak.  Kepuasan diperoleh melalui khayalan memperoleh keinginan seksual.  Introjeksi akan berlaku di mana anak lelaki akan lebih berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dia dapat menawan hati ayahnya.  Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan.  Walaubagaimanapun sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah.  Kekaburan atau gangguan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik.  Peringkat pendaman (6 hingga 12 tahun) di mana semasa melalui peringkat perkembangan pertama, kedua dan ketiga individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman.  Ego dan super ego semakin terbina.  Pada peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah.  Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina.  Sewaktu belajar, masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain.  Kanak-kanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya.  Kanak-kanak lelaki memainkan peranannya sebagai bapa manakala perempuan peranan seorang ibu.  Sekiranya tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantinanya.  Proses pendaman ini berterusan hinggga kanak-kanak dewasa atau baligh.  Peringkat shahwat atau genital (dewasa) di mana individu boleh menyalurkan desakan shahwatnya melalui perkahwinan mengikut landasan agama dan moral.  Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri, keluarga dan masyarakat.  Mereka akan bergerak keluar dari alam remaja ke alam dewasa yang matang.  Kini mereka terlepas daripada pengaruh ibu bapa, membina hubungan dan mula membina hubungan yang intim.  Kemahiran berhubung dan kecenderungan mementingkan orang lain mula terbina.  Kepuasan akan tercapai melalui bekerja dan berkasih sayang.
            Pada pandangan Sigmund Frued mekanisme bela diri 
ialah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah sedar.  Mekanisme bela diri sebagai satu proses psaikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal id dengan sempurna..  Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh super ego.  Manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi.  Berdasarkan pandangan psaikoanlitik lahirlah konsep anrasionallisme dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh desakan yang merosakkan dirinya dan sebagai manusia yang tidak menentukan haluan dirinya. Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kemanusiaan dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.  Desakan ini berlaku dalam diri sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini.  Pengaruh-pengaruh yang negatif perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan kekeluargaan.  Antara mekanisme membela diri adalah pendaman yang menjadi asas dalam struktur personaliti seseorang individu.  Ia merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar.  Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.  Keresahan merupakan perasaan ketakutan dalaman.  Ia berasaskan daripada ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan hati.  Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan.  Desakan ini sering diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.  Di antara bela diri ialah penafian, projeksi, fiksasi, regresi, rasionalisasi, sublimasi, represi, pindah gantian dan lain-lain.  Mekanisma bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seseorang individu.  Mekanisma bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego.  Seseorang individu belajar hasil daripada pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya.  Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi.  Rosotan merupakan satu proses di mana seseorang individu dalam keadaan tertekan akan menggunakan gerak balas yang biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya.  Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya.  Contoh seorang kanak-kanak baru sahaja mendapat seorang adik akan merosot tingkah lakunya seperti tidak membuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui.  Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut berasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalam struktur kekeluargaan.  Pembentukan reaksi adalah proses perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.  Contoh desakan melakukan kegiatan mengotorkan bertentangan dengan desakan kegiatan bersih yang ada dalam pendaman.  Unjuran merupakan suatu keadaan di mana seseorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain.  Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidak digemarinya.  Contohnya perasaan marah terhadap sesuatu kegiatan.  Introjeksi merupakan suatu keadaan di mana seseorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran.  Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan super ego.  Pengenalpastian meupakan suatu proses di mana seseorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.  Dalam keadaan demikian segala tenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego.  Contohnya seorang kanak-kanak merujuk tingkah laku dengan mengenal pasti kepada ibu bapanya.  Dengan menyerap segala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya.  Di sini terbentuk tenaga super ego bagi diri kanak-kanak tersebut.  Pindah gantian adalah proses mengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada satu objek yang lain.  Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri.  Pada kebiasaannya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain.  Pengalihan perilaku atau fikiran jauh dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam.  Pindah gantian membolehkan orang terlibat dalam perilaku dengan kecemasan yang kurang  Contohnya kemarahan terhadap seseorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapi membina seperti membelah kayu api atau mencangkul membuat batas tanaman sayur.  Sublimasi merupakan satu bentuk pindah ganti yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan manfaat serta kreatif.  Contohnya menyanyi, melukis, drama dan semua kegiatan kreatif dan kesenian.  Jika pindahganti berunsurkan desakan yang ganas maka sublinasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan lasak.  Represi ialah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan paling asas dalam teori personaliti Sidmund Frued.  Represi berlaku apabila seseorang itu menolak fikiran, keinginan dan kenangan yang tidak boleh diterima dan mengusir mereka ke alam bawah sedar.  Contohnya kita cuba melupakan penderaan seksual yang berlaku semasa kanak-kanak begitu trumatik.  Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan.  Sekiranya represi lebih merupakan motivated forgetting untuk melupakan maklumat, penafian pula adalah satu assertion bahawa maklumat tersebut salah.  Contohnya menafikan diagnosis doktor tentang kanser dan cuba mendapatkan pendapat daripada doktor lain.  Rasionalisasi apabila seseorang itu berusaha untuk membuktikan bahawa tindakan mereka adalah rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu wajar diterima maka individu ini dikatakan menggunakan strategi rasionalisasi.  Contoh seseorang yang terlepas temuduga jawatan kosong akan berkata sebenarnya dia tidak begitu menginginkan pekerjaan tersebut.  Regresi di mana kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan yang begitu matang, regresi merupakan usaha seseorang menghadapi peranannya untuk mengelakkan kecemasan.  Dengan mengambil peranan keanak-anakan seseorang itu dapat melarikan diri daripada tanggung jawab dan kembali ke hidup yang mungkin lebih selamat.  Contoh mengasingkan diri, menangis, meronta-ronta apabila mendengar berita sedih.
            Mekanisme bela diri tidak semestinya tidak sihat seperti contoh di atas.  Ketiadaan mekanisme bela diri atau keupayaan menggunakannya secara efektif seringkali boleh menyebabkan masalah dalam hidup.  Adakalanya kita menggunakannya pada masa yang salah atau berlebihan yang juga boleh merosakkan.  
            Matlamat utama Pendekatan Psaikoanlitik Sigmund Frued adalah untuk mengubahsuai struktur perwatakan individu dengan mengubah perkara yang tidak sedar kepada sedar di samping memperteguhkan ego agar tingkah laku berasaskan kepada keadaan realiti dan bukan dorongan naluri.  Matlamat kedua pula ialah mencari pengalaman masa lalu bagi memandu dan membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan perwatakan.  Berasaskan kepada tahap kesedaran matlamat penting psaikoanalitik  adalah bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran.  Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang merangkumi id, ego dan super ego.  Wawasan psaikologi yang dimaksudkan merangkumi segala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan kesedaran diri.  Dalam erti kata luas wawasan mencakupi keupayaan seseorang individu itu menyedari kederiaan pemikirannya serta afektif secara mendalam hingga berupaya mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untuk kebahagiaan dirinya.  Proses perimbangan  struktur personaliti ini wajar dilakukan secara sengaja serta teratur.
            Teknik pendekatan psaikoanalitik dimulakan dengan rawatan psikoterapi.  Kita perlu mencari punca masalah pesakit dengan mendapat seberapa banyak maklumat tentang dirinya.  Terdapat beberapa teknik utama dalam psaikoanalitik iaitu pentafsiran, tafsir mimpi, analisa dan penafsiran penahanan serta analisa pemindahan.  Dalam proses pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psaikologi.  Transferensi sahaja tidak mencukupi ke arah kelegaan dan tingkah laku yang baru.  Analisis dan pentafsiran tentang mekanisma bela diri akan memudahkan memahami kerumitan yang sedang dihadapinya.  Penjelmaan satu kartasis atau kelegaan dalaman boleh dinikmati oleh pesakit.  Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman super ego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru.  Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan super ego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran pesakit.  Pentafsiran yang dikemukakan tidak semestinya diterima oleh pesakit.  Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan wajar menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakui oleh pesakit.  Apabila keadaan ini berlaku maka wajar sedar bahawa pesakit mungkin berada dalam keadaan transferensi dan menganggapnya sebagai orang signifikan yang pernah dialami dalam hidupnya yang lampau.  Ada kalanya juga rintangannya tidak semestinya berlaku hasil dari proses transferensi.  Ada juga kemungkinan rintangan berlaku hasil dari satu penolakan sebenar pentafsiran.  Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa pesakit belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan sebenar. 
            Sumbangan Sigmund Frued dalam psaikoanalitik  kita dapat mengetahui tentang dinamik yang sering berinteraksi di dalam jiwa kita sehingga membawa kerisauan.  Kaedah-kaedahnya membantu kita dalam memahami pemahaman dan pentingnya perhubungan  dengan pesakit, nilai-nilai pemindahan serta helah bela diri.  
  
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan