William Glasser merupakan
pengasas Terapi Realiti merupakan seorang doktor psikologi klinikal. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio,
Carlifornia pada tahun 11 Mei 1925 dan
merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Bapanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat
untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya dan bapa beliau hanya bekerja sebagai
seorang peniaga secara kecil-kecilan.
Manakala ibunya merupakan seorang yang berpendidikan dan sering
menggalakkan anak-anaknya membaca.
Bidang muzik dan sukan adalah bidang yang amat diminati oleh William
Glasser di samping membaca. Sementelah
itulah zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang amat menggembirakan bagi
William Glasser. Kakak dan abang
sulungnya telah melanjutkan pelajaran di kolej.
Maka tidak mustahil William Glasser juga telah mengikut jejak langkah
mereka.
Bapanya telah menasihatinya
bahawa bidang kejuruteraan adalah bidang yang baik untuk diceburinya. Atas nasihat bapanya William Glasser telah
melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan dan menerima Ijazah pertama
Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology pada tahun 1944 dan pada
ketika itu beliau berusia 19 tahun.
William Glasser hanya menjawat jawatan jurutera selama beberapa tahun dan
beliau telah menyambung pelajarannya di bidang psikologi pada tahun 1948 dengan
mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve
Universiti. Beliau telah membuat tesis
untuk phD pada tahun yang sama tetapi ditolak oleh pihak universiti. William Glasser telah mendapat Ijazah
perubatan di universiti yang sama pada tahun 1953. Beliau telah membuat intenship di Veterans
Administration Center di Los Angels dan kemudian bertukar ke UCLA. Ketika ini beliau merasakan teori Sigmund
Frued tidak bersesuaian dengan pandangannya.
G.Harrington telah menyelia Wiliam Glasser dan sependapat dengannya.
William Glasser telah menjadi ketua
psikatarist di Ventura School for Girl pada tahun 1956. Ventura School for Girl merupakan sebuah
institiut yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis
yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Beliau telah berkhidmat di institiut tersebut
selama 12 tahun dan mempraktikkan konsep asal Terapi Realiti.
Beliau telah mengaplikasikan idea-idea Teori
Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California pada tahun
1966. William Glasser telah menerbitkan
buku School Without Failure pada tahun 1969 yang menerangkan interaksi guru dan
murid serta sumbangan sekolah terhadap identiti gagal pelajar.
Beliau telah menerbitkan buku The Identity
Society pada tahun1972 yang berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai
individu secara psikologi dan fisiologi dalam masyarakat. Antara buku-buku lain yang dihasilkan oleh
William Glasser ialah Positive Addiction (1976), Control Theory in the
Classroom (1986), The Quality School (1990), The Quality School Teacher (1998)
dan Unhappy Teenagers: A Way for Parents and Teachers to Reach Them
(2002). Selain menulis buku beliau telah
membuka dan menubuhkan institiut Control Theory, Reality Therapy dan Quality
Managment.
Pada
pandangan William Glasser Teori Pilihan membincangkan seseorang individu
bertingkah laku dan mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi
kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia
pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala, perimbangan, tingkah
laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti
gagal.
Menurut
kata William Glasser (2000) dengan tegas bahawa Teori Pilihan menerangkan
bahawa kita memilih tingkah laku dan individu bebas bertingkah laku berdasarkan
motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan
kreatif. Beliau juga melihat masalah
manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi. Tingkah laku manusia berpandukan keperluan asas
(Glasser 2001). Pengguna Terapi Realiti
hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi dan psikologi (Glasser 2001).
Menurut Teori Pilihan kesemua
tingkah laku manusia berdasarkan kepada keinginan psikologi dan fisiologi
individu. Keinginan psikologi merangkumi
seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin
penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan
(Glasser 1986, Ahmad Jasmin 2010).
Keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan
dan orang sekeliling adalah merangkumi aspek menyayangi dan disayangi.
Keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran,
cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang
lain adalah merangkumi aspek rasa ingin penghargaan. Dalam Teori Pilihan rasa ingin bebas
bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih kewajaran untuk dirinya
dan cenderung membuat keputusan tentang cita-cita kehidupan.
Keperluan untuk bermain,
berehat, ketawa, gembira dan rekreasi adalah keperluan keseronokan. Keperluan dari aspek psikologi seiring dengan
aspek fisiologi yang mana fisiologi merujuk kepada kelangsungan hidup yang
merangkumi individu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan,
dilindungi dan seksual yang sihat.
Mengikut Teori Pilihan ia memberi penekanan
kepada sifat tanggung jawab individu.
Beliau mendefinisikan tanggung jawab adalah keupayaan untuk memenuhi
sesuatu keperluan yang diingini (Glasser 1965).
Beliau juga menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan
realiti (Glasser 1998).
Menurut pandangan William
Glasser Terapi Realiti bermula apabila beliau telah mula membuat pandangan
tentang proses perubahan manusia yang merupakan permulaan penting dalam
psychologycal community. Ketika teori
Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang, Terapi Realiti
bermula.
Terapi Realiti menegaskan
bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggung jawab terhadap
pilihan tersebut. Di samping itu Terapi
Realiti berorientasikan tingkah laku secara total atau keseluruhannya yang
melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan psychology. Selain itu Terapi Realiti juga menekankan
aspek tingkah laku dan pemikiran klien.
Namun demikian Terapi Realiti menolak konsep mental illness atau sakit
jiwa.
Teori Pilihan Terapi Realiti
menekankan sistem berfikir yang merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah
laku individu. Kehidupan seseorang itu
ditentukan oleh pilihan kita sendiri.
Pilihan yang dibuat oleh diri sendiri biasanya datang daripada hati
sanubari kita. Pada hakikatnya
kadang-kala kita suka tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan
perkara yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif membincangkan bahawa manusia
bertingkah laku berdasarkan pilihan masing-masing. Teori Pilihan Terapi Realiti telah
membincangkan tentang pemikiran dan tingkah laku.
Kesimpulan
dalam Teori Pilihan adalah kita boleh mengawal tingkah laku kita. Kita hanya mendapat maklumat daripada orang
tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan dan kebanyakan masalah psikologi
berpunca daripada masalah hubungan yang mana masalah hubungan adalah suatu
proses yang sentiasa wujud. Masa
sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan
datang. Kita mempunyai keperluan asas
iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, ingin penghargaan, ingin kebebasan,
ingin kegembiraan dan ingin terus hidup.
Kita juga rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita. Akhir sekali konflik dengan apa yang kita
hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.
Dalam pendidikan psikologi
kaunseling Terapi Realiti adalah salah satu teori. Terapi Realiti adalah sebahagian daripada
pendekatan Kognitif. Teori Pilihan tidak
dapat dipisahkan daripada Terapi Realiti.
Terapi Realiti membincangkan bagaimana kita dapat membantu diri kita dan
orang lain manakala Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia bertingkah
laku. Ia merupakan proses untuk memahami
tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang
tepat dalam kehidupannya. Ia juga berfokus
kepada tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid.
Terapi
Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP yang merupakan akronim strategi
dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid
berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan
kehendak individu tersebut. Menurut
Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants, needs and
perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi), D merujuk kepada directions and
doing (terarah dan lakukan), manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian)
dan P merujuk kepada planning and commitment ( pelan bertindak dan
komited). Strategi WDEP merupakan
langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk
menolong murid. Sebelum guru
mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP ini adalah perlu untuk guru mewujudkan
suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat
dijalankan dengan lancar.
Guru
mewujudkan suasana perbincangan konduksif iaitu pembinaan perhubungan yang
tulen, mesra, tidak menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan empati,
fokus pada isu murid, berkongsi cerita, dan menggunakan sedikit humor adalah
merupakan suasana yang wajar diwujudkan sebelum sistem WDEP itu diterapkan. Guru hendaklah mengelak daripada berhujah
keterlaluan, menuduh, mengkritik, memaksa murid, tidak menghargai murid,
mewujudkan ketakutan dan mudah putus asa.
Guru
meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid adalah penerapan strategi dalam
Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants, Needs & Perception) di mana
guru akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang
hidupnya. Harapan dan keinginan murid
perlu dikongsi oleh guru dari segi sejauh mana keperluan asas psikologi
dipenuhi mengikut Terapi Realiti iaitu keperluan untuk dsayangi dan menyayangi
, keperluan membuat pilihan di atas kebebasan yang diberi, kuasa untuk
menghargai dan dihargai olehorang lain, rasa kegembiraan yang wujud dalam diri
dan sejauh mana kehidupan dapat diteruskan hasil daripada keperluan-keperluan
tadi dapat dipenuhi. Perkongsian di
antara guru dan murid akan melahirkan rasa komitmen di kalangan murid untuk
meneruskan pilihannya dengan mengadakan perbincangan dengan guru.
Guru
meneroka arah tuju pelajar setelah penglibatan yang diperolehi oleh murid di
mana langkah yang seterusnya guru bertindak secara aktif, mengarah, didaktif
dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya. D (Doing & Direction) akan muncul apabila
guru perlu memfokus kepada tingkah laku semasa murid. Tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan guru adalah kepada
tingkah laku semasa murid. Tumpuan
tingkah laku kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh
murid. Pengalaman lampau tidak perlu
dilihat sebagai asas penerokaan masalah murid tetapi masa lampau hanya
dibincangkan untuk membantu tingkah laku masa kini.
Murid
membuat penilaian terhadap diri mereka setelah mendapat maklum balas daripada
guru tentang usaha yang ingin dilakukan oleh murid untuk mengubah tingkah
lakunya, penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan-perlakuan yang
ingin dijalankan. Penilaian tingkah laku
yang wujud bukan sahaja dibuat oleh guru
malah ianya juga melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid untuk
berubah. Guru akan menilai secara
berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya.
Guru
berbincang tentang pilihan murid membuat tindakan adalah merupakan langkah
terakhir dalam penggunaaan terapi ini
dan guru menggunakan konsep P (Plan of Action). Guru membantu murid membuat perancangan
berasaskan persetujuan murid untuk berubah.
Guru perlu membuat perancangan yang mudah bersama murid agar boleh
tercapai, boleh diukur, segera dilakukan oleh murid, penglibatan murid, murid
mengawal setiap perancangannya, murid komited dengan perancangannya dan setiap
perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan. Perancangan dan pelan yang dibuat adalah
untuk membantu murid. Langkah-langkah
dan alternatif dipilih untuk mencapai objektif yang disenaraikan. Dari semasa ke semasa pelan ini dinilai dan
disemak. Apabila murid tidak mengikit
perancangan dengan baik maka masalah akan timbul. Komitmen murid penting dan murid perlu
bersungguh-sungguh untuk berubah.
Matlamat Terapi Realiti adalah
untuk membantu seseorang bagi mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan
matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Selain itu matlamat Terapi Realiti
menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan
psikologi untuk menilai dan menghargai
tingkah laku semasa. Klien dibimbing ke
arah menerima realiti dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat
hidup yang lebih realistik. Klien juga
dibantu untuk bertindak dan bertingkah laku dengan penuh tanggung jawab secara
realiti dalam mencapai matlamat hidup klien perlu memperjelaskan cara-cara
mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri. Namun matlamat Terapi Realiti juga membantu
klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan
syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.
Konsep utama Terapi Realiti
telah mengemukakan alternatif ciri-ciri tertentu yang boleh atau harus
diperhatikan. Antara ciri-ciri tersebut
ialah menolak konsep sakit jiwa dan tidak memberi perhatian atau fokus kepada
dianogsis jiwa. Menurut Terapi Realiti
tingkah laku tidak siuman adalah hasil daripada penolakan tanggung jawab. Individu yang membelakangkan tanggung jawab
akan menghasilkan tingkah laku tidak siuman.
Apabila tingkah laku berubah sikap dan perasaan turut berubah. Oleh itu Terapi Realiti tidak fokus kepada
tingkah laku, sikap dan perasaan.
Sebaliknya Terapi Realiti menumpukan perhatian kepada situasi masa
kini. Sewaktu memberi perhatian kepada
tingkah laku masa kini.
Terapi Realiti menekankan aspek-aspek positif
seperti potensi individu, kejayaan-kejayaannya, kelebihan dan kualiti positif
yang ada padanya. Dalam pada itu Terapi
Realiti tidak mengabaikan harapan, kebimbangan dan nilai-nilai klien yang
menekankan individu yang mempunyai banyak potensi serta bukan sebagai pesakit
yang mempunyai banyak masalah.
Konsep Terapi Realiti juga menggalakkan klien
meneliti dan menilai tingkah laku.
Selain itu Terapi Realiti menekankan kepada aspek sedar personaliti dan
tidak menekankan kepada aspek tidak sedar.
Ia memberi tumpuan terhadap
tingkah laku masa kini agar dapat mencapai kejayaan melalui tindakan
yang bertanggung jawab dan realistik.
Selain itu Terapi Realiti tidak menggunakan
denda atau dera sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku
kerana yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan. Sementelah denda atau dera hanya bertahan
dalam jangka masa yang pendek sahaja.
Berdasarkan konsep Terapi Realiti belajar menjadi seorang yang
bertanggung jawab akan terus menerus berlaku di sepanjang hidup individu
itu. Bahagian yang paling penting dalam
Terapi Realiti adalah aspek yang berkaitan dengn moral, standard, nilai dan
kebolehan menentukan tingkah laku yang betul daripada yang salah. Akhir sekali semua peraturan, persetujuan dan
keperluan yang ditetapkan oleh kaunselor atau institusi hendaklah dipatuhi dengan ketat serta sebarang pelanggaran
peraturan adalah tidak diizinkan.
Terapi Realiti juga mempunyai
konsep alternatif yang lain yang berkaitan dengan keperluan asas manusia
seperti keperluan perasaan mempunyai dan dipunyai kerana ianya penting untuk
mewujudkan hubungan kemanusiaan.
Terdapat tiga lingkungan perasaan mempunyai dan dipunyai iaitu keluarga,
sosial dan tempat kerja. Namun demikian
tidak dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kuasa dan pengiktirafan bagi
mewujudkan persaingan. Dalam pada itu
untuk mencapai keperluan tersebut ianya memerlukan strategi dan perancangan
yang betul.
Selain itu secara lazimnya
proses perkembangan manusia perlu bercirikan aktiviti menggembirakan dan keperluan ini meliputi
setiap perkembangan manusia. Demi
menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya kebebasan amat penting bagi
setiap individu. Setiap individu
perlukan kebebasan untuk bergerak secara positif ke arah kehidupan yang
diingini. Oleh itu manusia sanggup
berkorban untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan.
Di samping itu keperluan selamat dan survival
diperlukan juga oleh setiap individu merangkumi makanan, penginapan,
berkeluarga dan zuriat. Namun demikian
konsep yang berkaitan dengan kehendak manusia merupakan suatu desakan yang
membawa manusia bergerak dan bertindak ke arah memenuhi keperluan asas. Walaupun keperluan asas manusia sama tetapi
kehendak manusia bersifat unik, tersendiri, bertujuan untuk kepuasan diri,
mengandungi tanggapan dan jangkaan tertentu terhadap keperluan asas yang hendak
dicapai serta bersifat subjektif.
Sebagai contoh, aku perlukan kasih sayang daripada keluargaku
sepatutunya begini.
Seterusnya konsep berkaitan
rasa tanggung jawab di mana tindakan manusia untuk memenuhi kehendak dan
keperluan asas terdorong dengan rasa bertanggung jawab. Setelah berlakunya penyesuaian akan wujud
tingkah laku yang bersesuaian dengan peraturan dan sistem masyarakat yang
akhirnya akan melahirkan idenditi yang berjaya.
Begitu juga sebaliknya. Konsep
berkaitan identiti pula berbeza di antara individu. Matlamat hidup, kehendak, pemikiran, perasaan
dan pelakuan adalah berbeza di antara setiap individu. Ada dua jenis identiti utama dalam realiti
iaitu identiti jaya dan identiti gagal.
Identiti jaya merupakan individu yang berusaha
sendiri untuk mempertingkatkan dirinya sedaya upaya mungkin. Antara ciri-ciri individu yang memiliki
identiti jaya adalah konstruktif, tegas, altruistik, sentiasa berperasaan
positif, gembira, penerimaan kendiri positif, berfikir secara rasional, dekati
masalah secara berpatutan, teliti, matang, bertumpu kepada aktiviti sihat
seperti berekreasi, memiliki rasa bebas, seronok, rasa disayangi dan
menyayangi, rasa cekap dan menghargai diri. Individu beridentiti jaya bertindak
untuk menghasilkan kepuasan, perasaan positif dan membentuk pemikiran,
perasaan, tindakan, keperluan dan matlamat yang positif.
Manakala individu yang
beridentiti gagal pula tidak mengambil tanggung jawab untuk menyelaras tingkah
laku agar selari dengan harapan masyarakat umum, tinggalkan tanggung jawab
dengan menunjukkan kekecewaan, menunjukkan tingkah laku yang tidak adaptasi,
kecewa psikotik, mempamerkan simptom psikosomatik, bersifat terasing,
mengkritik diri tinggi, tidak bertanggung jawab, mengekalkan tingkah laku yang
tegang dan kaku. Individu yang
beridentiti gagal ini mencapai kehendak dan keperluan asasnya dengan cara tidak
bertanggung jawab serta menghasilkan kepuasan, perasaan dan membentuk
pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan serta matlamat yang negatif. Setiap individu yang gagal perlu mencapai
keperluan asas dan cenderung sama ada menolak atau menerima realiti. Individu gagal yang menerima realiti akan
mencapai kehendak dan keperluan asas serta membentuk pemikiran, perasaan,
tindakan, keperluan dan matlamat yang positif serta akan lahirlah individu
beridentiti jaya. Namun sebaliknya akan berlaku sekiranya individu gagal yang
mencapai kehendak dan keperluan asasnya menolak realiti serta tiada rasa
bertanggung jawab. Sikap tidak ada rasa
tanggung jawab ini akan membentuk pemikiran, perasaan, tindakan, keperluan dan
matlamat yang negatif serta lahirlah individu yang beridentiti gagal.
Berdasarkan
Teori Pilihan individu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi
dan disayangi, penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup)
mempengaruhi keinginan. Konflik timbul
apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak. Ia boleh mewujudkan keseronokan atau
kesakitan kepada diri individu tersebut.
Tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu dipengaruhi
oleh konflik. Oleh itu keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbangkan kepada identiti berjaya atau
identiti gagal.
Individu gagal memenuhi kehendaknya dengan
cara yang bertanggung jawab merupakan personaliti gagal. Individu gagal biasanya kecewa dengan
kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. Mereka akan memilih simptom negatif dan
akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Personaliti gagal ini akan melarikan diri
daripada tanggung jawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.
Pilihan tingkah laku dalam kehidupan terbahagi
kepada dua kategori iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak
efektif. Antara tingkah laku yang
efektif adalah sentiasa menyokong orang lain, sentiasa mendapat galakan,
kemahiran mendengar yang tinggi, mudah menerima orang lain, mewujudkan
kepercayaan terhadap orang lain, menghormati orang lain dan selalu berunding.
Manakala individu yang gagal mempamerkan
tingkah laku yang tidak efektif adalah selalu mengkritik, selalu menuduh orang
lain tanpa bukti, sentiasa tidak berpuas hati, selalu berleter, rasa terancam,
buat sesuatu kerana takutkan hukuman dan terlalu mengawal orang lain.
Antara
sumbangan Terapi Realiti jangka masa proses terapi yang berfokus kepada janga
masa pendek dan menangani masalah tingkah laku secara sedar. Kebanyakan populasi yang berbeza seperti
salah laku, penyalahgunaan bahan, kecelaruan personaliti dan tingkah laku anti
sosial yang mana pendekatan Terapi Realiti boleh diaplikasikan. Setting kaunseling individu dengan
kanak-kanak, remaja dewasa dan golongan berumur adalah proses Terapi Realiti
yang boleh diaplikasikan. Selain itu
setting kaunseling kelompok, kaunseling perkahwinan dan kaunseling keluarga
turut ada dalam proses Terapi Realiti.
Proses Terapi Realiti juga diaplikasikan di hospital, klinik kesihatan
mental,sekolah, pusat tahanan (penjara), pusat pemuliahan dan pusat krisis
(Glasser, 1986: Seligman 1997).
Namun
Terapi Realiti sungguh konkrit serta memberi satu struktur klien dan terapi
boleh mengukur tahap dan bentuk perubahan terutamanya apabila kontrak berfokus
matlamat terbentuk. Fokus kepada
tanggung jawab dan kebebasan adalah merupakan pendekatan Terapi Realiti berlaku
dalam kalangan individu tanpa mengkritik, menyalahkan klien atau ada percubaan untuk membentuk semula personaliti
secara menyeluruh.
Setiap individu bukan sebagai
mangsa kemurungan atau tidak berkeupayaan bertindak. Golongan ini memilih sendiri untuk berada
dalam keadaan sedemikian. Mereka
bertanggung jawab ke atas diri sendiri atas perkara yang telah dibuat dan
kedudukan mereka. Ada kalanya manusia
yang tidak diajar untuk bertanggung jawab terhadap tingkah laku mereka atau
mengambil tanggung jawab berkenaan.
Memenuhi keperluan diri tanpa menyusahkan orang lain adalah tindakan
yang bertanggung jawab (Glasser, 1965/ m.s. 13).
Menurut Glasser (1984) Pendekatan Terapi
Realiti ke arah penyelesaian konflik yang terdiri daripada dua tahap iaitu
benar atau salah. Konflik berkembang
disebabkan ketidaksetujuan interpersonal terhadap perubahan adalah di tahap
benar. Manakala di tahap konflik salah
pula perubahan mungkin jika diri sendiri bersedia untuk mengambil usaha membuat
sesuatu untuk kebaikan dan tingkah laku bertanggung jawab. Ini boleh membawa kepada hasil yang
dikehendaki.
Menurut
pendekatan Terapi Realiti aspek semulajadi tingkah laku seseorang berdasarkan
kepada keperluan asas individu berkenaan (penghidupan perasaan kepunyaan dan
kasih sayang, kekuasaan, keseronokan dan kebebasan). Perkembangan personaliti individu ditentukan
oleh persekitaran dan tanggapan seseorang individu serta memilih hala tuju
dalam lingkungan persekitarannya. Bagi
memenuhi keperluan hidup dalam lingkungan peluang-peluang yang diperolehi dalam
persekitaran seseorang itu bertanggung jawab terhadap pemilihan dan keputusan
yang diambil. Pilihan-pilihan yang
diambil menentukan tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh genetik dan
persekitaran. Pendekatan Terapi Realiti
tidak menafikan pengaruh biologi dalam masalah psaikologi mental malah
pendekatan ini lebih pro kepada persekitaran.
Penegasan pendekatan Terapi Realiti bahawa faktor biologi (semulajadi)
bukan penentu destinasi seseorang.
Menurut
pendekatan Terapi Realiti penggunaan ubat-ubatan untuk masalah pesakit mental
adalah ditentang sekeras-kerasnya.
Tingkah laku yang dipilih berpusatkan kepada keinginan untuk memenuhi
keperluan asas individu. Pada pendapat
Glasser (2000) tingkah laku seseorang itu dipilih sendiri oleh individu
berkenaan maka rawatan menggunakan ubat-ubatan berupaya menarik keluar sikap bertanggung
jawab daripada klien. Masalah kesihatan
yang dihadapi dan dibuktikan dengan preskripsi ubat yang diperolehi adalah
merupakan alasan klien terhadap tingkah laku.
Berdasarkan
pendekatan Terapi Realiti tidak banyak menghadapi masalah disebabkan isu-isu
budaya. Manusia memilih cara-cara
tertentu untuk memenuhi keperluan berdasarkan pilihan sistem kepercayaan
keagamaan dan kebanyakan aspek-aspek Terapi Realiti mempunyai persamaan dan
berlandaskan pelbagai prinsip keagamaan yang universal. Teknik Terapi Realiti adalah fleksibel dan
berupaya menggabungjalinkan teknik-teknik kaunseling dan pelbagai teknik teori
dalam membantu klien memilih tingkah laku yang lebih berkesan pada waktu
semasa.
Sikap tanggung jawab merupakan
sebagai tapak utama seseorang itu berubah namun begitu Terapi Realiti tidak
menyalahkan atau mengkritik seseorang disebabkan kesukaran atau masalah yang
dihadapi. Menurut Glasser (2000)
seseorang itu tidak patut dilabelkan berdasarkan sesuatu diagnostik. Kelemahan Terapi Realiti ialah unsur-unsur
masa lampau tidak diberi perhatian langsung.
Menurut pengkritik Terapi Realiti menyatakan unsur-unsur masa lampau
amat penting untuk mengetahui latar belakang pemasalahan yang dihadapi pada
masa kini. Malah Terapi Realiti hanya
cenderung memfokuskan kepada tingkah laku semasa tetapi seseorang manusia
adalah unik dan bertindak secara menyeluruh termasuk emosi, perspektif,
kognitif, sensasi dan sebagainya. Ini
jelas menunjukkan Terapi Realiti mempunyai keupayaan yang terbatas.
Status Terapi Realiti masa kini amat
berkembang dengan pesatnya. William
Glasser masih meneruskan usahanya untuk mengembangkan terapi yang dibina
melalui ceramah, penulisan dan pengamalan secara sendirian.
Konsep Terapi Realiti diaplikasikan di
sekolah-sekolah semakin pesat hasil usaha isteri barunya Carleen. Isteri beliau merupakan pengarah urusan pusat
Institiut Terapi Realiti di Cincinati, Ohio.
Hasil usaha William Glesser telah menubuhkan banyak institiut Terapi
Realiti bertujuan melatih dan pemberian sijil dalam terapi berkenaan. Satu jurnal juga telah diwujudkan atas nama
International Journal of Reality Therapy.
Kesimpulannya Terapi Realiti merupakan satu
bentuk terapi yang berfokus pada masa kini dan membantu seseorang membuat
pilihan-pilihan yang berkesan dalam hidup.
Seseorang itu diajar mengadaptasikan tingkah laku baru yang lebih
efektif dalam usaha memenuhi keperluan asas jika pendekatan yang digunakan
tidak berkesan. Berdasarkan kepada
prinsip-prinsip psikologi yang ditentukan dalam Teori Pilihan individu boleh
memahami tingkah laku dirinya dan orang lain manakala Terapi Realiti mempunyai
strategi WDEP untuk menolong individu.
Terapi Realiti dan Teori Pilihan sesuai
dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah kerana terapi ini memberi tumpuan
kepada konsep tanggung jawab dan kesan kepada perlakuan individu. Terapi Realiti memberi kebebasan kepada
individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat
keputusan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan