Maslow adalah merupakan
pelopor di bidang Psaikologi Humanistik.
Teorinya amat terkenal sehingga ke hari ini tentang kaedah heiraki. Abraham Maslow melihat individu sebagai
sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan keseluruhan. Contohnya seorang insan yang lapar, ianya
bukan sebahagian daripada individu tersebut sebaliknya keseluruhan diri
individu menunjukkan rasa lapar. Teori
Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti dan menitikberatkan beberapa
andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya
sebahagian daripada individu. Pendekatan
Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan
dalam perkembangan potensi individu.
Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi
individu. Konsep Humanistik sangat
penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak
individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang
diambil. Pendekatan Humanistik
berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai potensi dan
keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.
Dalam Teori Hieraki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga
manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh
optimistik. Teori ini dikenali sebagai
Teori Hieraki Keperluan. Beliau
berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak
bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Pada tahun 1954 Teori Hieraki Abraham Maslow
mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and
Personality.
Abraham
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks di mana tingkah laku
luaran yang diperlihat oleh manusia.
Beliau juga menganggap individu akan terus bermotivasi oleh kerana
sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap
sebagai satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil
kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
Abraham
Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik. Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan
psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding
kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia.
Setiap individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki
akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna
kehidupan yang sebenar. Kebebasan adalah
tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang
buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku
untuk mencapainya adalah dipelajari.
Personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam dan
kehidupan serta asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran, faktor personal
dan persekitarannya. Personaliti manusia
adalah unik dan Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan itu adalah
berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia
tidak sama. Zaman di awal kanak-kanak
adalah penting dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau
percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih
gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini. Beliau tidak menafikan akan kewujudan
kejahatan walaupun pada dasarnya warisan manusia adalah baik. Maslow berpendapat kejahatan bukanlah
sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak
sempurna. Berdasarkan teori Abraham
Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif,
jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistik itu menunjukkan
tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Dalam had-had tertentu manusia juga bersifat
bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.
Personaliti
yang dibincangkan oleh Abraham Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti
dengan motivasi. Motivasi lahir dari
keperluan yang diperolehi oleh setiap individu.
Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak dan
mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh
dilihat dalam bentuk hieraki. Motivasi
intrinsik mendorong manusia mencapai kejayaan dengan cemerlang dan biasanya
berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.
Abraham
Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna
kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap
tingkah laku. Segala keperluan ini dapat
dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, ketakutan dan tidak menyetujuinya. Segala keperluan ini diwarisi sejak lahir
tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan adalah dipelajari dan
menyebabkan tingkah laku ini berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang
lain. Keperluan-keperluan ini mengikut
urutan dari keperluan paling utama kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah
keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan di peringkat yang lebih tinggi
diberi keutamaan.
Bukan
kesemua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa sama. Hanya satu keperluan yang akan mendominasikan
personaliti kita. Keperluan ini adalah
bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi. Pada pendapat Maslow keutamaan keperluan ini
boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi.
Ciri-ciri
keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak
paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi
keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang
paling lemah. Keperluan yang terletak
pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan
keperluan keselamatan dipenuhi. Pada
zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat
diperlukan. Semasa remaja keperluan
kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan.
Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan
wujud. Kegagalan memenuhi
keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan
pelbagai masalah. Maslow menamakan
keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi
atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat
akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan
sebagai keperluan growth atau being of needs.
Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau
suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan
harmoni. Dengan memenuhi kepuasan
peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu
tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain
dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi.
Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti
dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih
sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri.
Menurut
beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap
kedua. Dengan kata lain keperluan tahap
kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap
kesempurnaan. Keperluan ini bersifat
biologikal dan jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain
akan menjadi tidak penting. Keperluan
ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti
keperluan makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan keselamatan termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan,
perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan
sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami
kejiwaan. Sewaktu zaman kanak-kanak rasa
ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika
ketiadaan ibunya. Kanak-kanak memerlukan
rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman.
Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan
undang-undang dalam masyarakat. Ia amat
menolong memenuhi keperluan ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah
dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal dan emosi. Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul
jika gagal memenuhi keperluan ini.
Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah
segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak telah merasa selamat dalam
persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain iaitu
memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya. Pada peringkat remaja keinginan kasih sayang
perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan
sebaya. Keadaan masyarakat yang sentiasa
berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai. Individu akan memenuhi keperluan tersebut
dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja,
tempat belajar dan sebagainya. Menurut
Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi
menyatakan kasih sayang. Sekiranya
keperluan ini tidak dapat dipenuhi manusia akan rasa gelisah, kecewa dan tidak
tenteram. Ia juga menyebabkan gangguan
emosi. Keperluan kasih sayang ini juga
akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek
perkembangan emosi. Keperluan
penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri,
penghormatan daripada orang lain, rasadikenali dan mendapat kejayaan
sosial. Keperluan penghargaan kendiri
dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan
penghargaan yang diberikan oleh orang lain.
Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia
boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu
tersebut menjadi lebih produktif. Bagi
mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan
untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan
menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan
pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik
oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.
Maslow
juga menyebut terdapat perbezaan di antara keperluan di peringkat tinggi. Antaranya
keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita
dan kewujudannya secara beransur-ansur.
Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada
individu tersebut. Keperluan fisiologi
wujud sebaik sahaja individu lahir ke dunia.
Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud
selepas pertengahan umur. Kepuasan
memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada
diri individu tersebut seperti gembira.
Keperluan di peringkat tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri
dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.
Keperluan-keperluan di peringkat rendah adalah keperluan yang semestinya
dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
Abraham Harold Maslow (1908-1970)
menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi
keperluan-keperluan masing-masing.
Peringkat keperluan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan
kekurangan dan keperluan perkembangan.
Di dalam keperluan kekurangan terdapat beberapa keperluan fisiologi,
keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar manusia terus
bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian
intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan tercapai apabila keperluan
kekurangan dipenuhi. Kita akan cuba merealisaikan
kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. Dalam heiraki Maslow implikasi terhadap guru adalah
guru sebagai model peniruan. Guru
menggunakan kaedah demonstrasi dengan contoh-contoh yang relevan. Di samping itu guru perlu menyediakan situasi
pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang
sesuai. Oleh itu ia dapat mengekalkan
ingatan murid dengan mendemonstrasikan langkah-langkah secara lebih
sistematik. Guru perlu memberi peneguhan
yang positif selepas reproduksi.
Abraham
Maslow ialah seorang tokoh humanistik yang mengaitkan motivasi instriktik
dengan pembelajaran individu dalam teori keperluan beliau. Keperluan adalah kehendak manusia bagi
menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam
dirinya. Keperluan manusia dapat
diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psaikologi ialah
keperluan sekunder. Abraham Maslow
(1970) berpendapat individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu
sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Maslow
menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat-peringkat. Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak
mungkin diperolehi sekiranya keperluan yang lebih rendah tidak dipenuhi
terlebih dahulu. Pada peringkat paling
asas terdapat keperluan hayat atau keperluan fisiologi. Selepas keperluan ini dipenuhi barulah
keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, penghormatan kendiri
dan penyempurnaan kendiri dapat dikecapi.
Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat
keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Model
Maslow berbentuk peringkat itu adalah perkembangan ontologi individu kerana
setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu. Contohnya sewaktu bayi memerlukan
perlindungan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan penghormatan diri. Keperluan ini terus bertambah sehingga ke
peringkat penyempurnaan kendiri.
Kajian
Maslow mendapati semakin tinggi keperluan individu, semakin berkurangan
pergantungan pada persekitaran sosial.
Ini kerana individu menggunakan pengalaman lampau bagi menentukan
tingkah lakunya. Pada masa ini, motivasi
bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti
impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam
mencapai kemahuan ini. Sebab itulah
Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan
peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan.
Oleh
yang demikian tingkah laku manusia berubah apabila terdapat kekurangan
keperluan terhadap dirinya. Keperluan
kesempurnaan kendiri di kalangan murid-murid adalah amat penting untuk
mengelakkan berlakunya kemerosotan disiplin.
Teori pembelajaran psaikologi
humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza dan berkongsi pengajaran
manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang
unik, mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya mengembangkan potensi tersebut
sepenuhnya. Pendekatan Humanistik
menekankan keseluruhan murid dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan
murid. Pendekatan ini mengandaikan
bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat
pengalaman pendidikan adalah bermakna.
Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam
memberi sokongan dan mengambil berat serta bergantung lebih kepada menerangkan
sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.Teori ini juga
berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaan. Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara
belajar yang berbeza dengan individu yang lain.
Oleh itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak
dan perkembangan emosi murid-murid sendiri.
Mengikut Psaikologi Humanistik mempunyai keinginan mencapai
kecemerlangan kendiri, maka guru memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat
diperkembangkan lagi ke tahap optimum.
Teori Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai
sikap, perasaan, emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu.
kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan
kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak
individu mengikut perkembangan emosinya.
Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek
afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor
penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi
kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau
tidak perlu mencapainya. Faktor corak
atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan
yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang
keterlaluan ke atas kanak-kanak .
Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya
kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.
Teori
Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus
membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia secara
hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula
dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang,
keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang
paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum
keperluan lain dipenuhi. Sekiranya
keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah
masalah psaikologi pada individu tersebut. Ciri-ciri yang berbeza di antara individu
menyebabkannya sebagai kendiri yang unik. Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan
kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak
individu mengikut perkembangan emosinya.
Humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek
afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor
penyebab kegagalan manusia mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin tinggi
kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau
tidak perlu mencapainya. Faktor corak
atau amalan pendidikan diterima menyebabkan keinginan mendapatkan keperluan
yang tinggi tidak timbul. Kawalan yang
keterlaluan ke atas kanak-kanak .
Individu tersebut takut mengembangkan potensi yang ada pada dirinya
kerana takut menemui kegagalan atau melihat kekurangan yang ada pada dirinya.
Teori
Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus
membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia secara
hieraki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula
dengan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang,
keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang
paling bawah dalam hieraki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum
keperluan lain dipenuhi. Sekiranya
keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah
masalah psaikologi pada individu tersebut.
Terima Kasih perkongsian ilmu
BalasPadamHow do you make money from free games? - WorkMake Money
BalasPadamFree online games made using free games. In the above example, you will see a list of free games that you can play online งานออนไลน์ for free in